suria

Adira Suhaimi tayang gambar suami sedang minum petang, jawab fitnah sudah bercerai

Adira menyangka dakwaan sudah bercerai.

TIADA angin tiada ribut penyanyi Adira Suhaimi didakwa sudah bergelar ibu tunggal selepas tular sebuah video mengatakan dia sudah bercerai dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Tampil menyangkal dakwaan tersebut, Adira, 31, sebaliknya mendakwa dia masih bergelar isteri kepada Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dan rumah tangga mereka bahagia.

Susulan itu, Adira meminta peminat agar tidak tertipu dengan fitnah dibuat oleh akaun TikTok berkenaan yang cuba meraih pengikut dengan mengambil kesempatan atas namanya.

"Akaun palsu, jangan tertipu, tak payah follow. Mungkin dia nak followers sahaja itu. Alhamdulillah saya masih lagi dengan suami, masih sayang lagi," katanya.

Adira minta peminat jangan terpedaya.

Perkara itu dikongsikan Adira menerusi Instastory miliknya selepas diserang peminat yang mahukan penjelasan daripada khabar angin terbabit.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Adira turut berkongsi dia kini sedang duduk semeja dengan Adnan sambil menikmati minum petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi keempat secara pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi ‘tutup kilang’, ambil keputusan ikat peranakan... Bimbang risiko jika hamil lagi

Dalam pada itu, Adira sekali lagi menegaskan bahawa akaun TikTok tersebut bukan miliknya sekali gus berharap peminatnya mendoakan kebahagian dia bersama suami.

"Kalau korang nampak fyp dekat TikTok ini, ia bukan milik saya. Itu akaun palsu saya tak tahu siapa punya. Jadi jangan follow dan percaya. Doakan baik-baik untuk saya dan suami," kongsinya lagi.

Adira akui masih bahagia bersama suami.

Menerusi tinajuan mStar, Adira sememangnya sudah lama tidak berkongsi gambar dia bersama suaminya di Instagram yang berkemungkinan menjadi punca tercetusnya khabar angin tersebut.

Untuk rekod, Adira telah mendirikan perkahwinan dengan ahli perniagaan itu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Sepanjang tujuh tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4 dan Anggun, 3 tahun manakala Ayub baru sahaja dua bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain