SENATOR Datuk Seri Zurainah Musa tertanya-tanya punca perkhidmatannya sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ditamatkan secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan atau dipanggil untuk berbincang. Zurainah, 60, bagaimanapun reda dengan keputusan tersebut kerana hak lantikan jawatan terletak bawah bidang kuasa menteri di Kementerian Komunikasi dan Digital. "Jawatan ini juga adalah lantikan politik, jadi mereka (Kementerian Komunikasi dan Digital) ada hak untuk batalkan pada bila-bila masa sahaja. Zurainah sedia beri nasihat untuk industri kreatif jika diperlukan. "Mungkin menteri mengambil pendekatan untuk gantikan dengan orang lebih baik atau pihak yang menyokong parti politiknya. “Saya sendiri tidak tahu kenapa perkhidmatan saya ditamatkan. Saya tidak dipanggil untuk berbincang tapi saya reda... tak perlu nak gaduh-gaduh tentang isu ini," katanya kepada mStar. Untuk rekod, tugas Zurainah sebagai pengerusi Finas ditamatkan serta merta pada 8 Disember lalu menerusi surat yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil. ARTIKEL BERKAITAN: Isu pameran rumah hantu, pengerusi Finas minta Eizlan Yusof datang pejabat bincang sambil minum kopi ARTIKEL BERKAITAN: Isu tak bayar hutang produser, Finas akan jumpa Awesome TV mahu selesai masalah Kontrak Zurainah yang bermula pada 10 Jun lalu sepatutnya tamat pada 9 Jun 2024. Dalam pada itu, Zurainah yang sebelum ini lantang dan berani bersuara dalam memberikan pendapat berharap individu yang bakal menggantikan tempatnya berjaya meneruskan misi badan kerajaan itu dengan lebih baik. Mungkin menteri mengambil pendekatan untuk gantikan dengan orang lebih baik atau menyokong parti politiknya SENATOR DATUK SERI ZURAINAH MUSA BEKAS PENGERUSI FINAS Beliau juga akan terus menjadi pemerhati dalam industri kreatif tempatan malah sedia memberi sebarang nasihat jika diperlukan. "Saya hanya berharap orang baru nanti dapat meneruskan visi dan matlamat Finas. Semoga industri kreatif akan diberi sokongan agar ia dimartabatkan ke peringkat lebih tinggi. "Saya tidak akan jadi pengkiritik tetapi lebih kepada pemerhati dan sedia untuk beri nasihat jika diperlukan," ujarnya. Zurainah (kiri) ketika di Festival Filem Malaysia ke-32 baru-baru ini. Sementara itu, Zurainah berpendapat kerusi pengerusi Finas itu tidak semestinya dipilih dalam kalangan ahli politik agar mereka tidak terikat dengan mana-mana pihak. "Selepas ini ada baiknya jawatan pengerusi mana-mana badan kerajaan sekalipun dilantik bukan dalam kalangan ahli politik. "Kesian orang macam saya ini, seolah-olah kami tiada hala tuju. Sebagai seorang daripada bidang korporat saya lebih menyuntik semangat profesionalisme,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI