suria

Jahil bab agama, Tom mohon maaf isu foto mesra dengan Fuad Rahman - “Sebelum ini berpelukan dengan lelaki perkara normal” 

Tom mengaku kesilapan dan mahu memperbaiki diri.

SELEPAS teruk dikecam netizen ekoran foto mesra bersama Fuad Rahman tersebar, penyanyi Tom tampil membuat permohonan maaf kepada peminat.

Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, berkata, dia tidak sengaja melakukan perbuatan tersebut kerana sebelum ini berpelukan dengan lelaki adalah perkara biasa baginya.

"Saya minta maaf fasal gambar saya yang dah tersebar berpeluk mesra dengan lelaki. Tak sengaja.

"Sebelum ini bagi saya berpelukan dengan lelaki itu adalah perkara biasa dan normal. Saya dah lama hidup dalam keadaan terbuka macam itu," katanya.

Tom minta maaf foto mesra bersama Fuad tak disenangi peminat.

Tom membuat permohonan maaf itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Tom turut mengakui dia jahil bab agama membuatkan dia kurang arif tentang perkara yang tak sepatutnya dilakukan sebagai seorang wanita beragama Islam.

Kata bekas peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) ini, sebelum ini dia tidak terlalu mengambil berat tentang soal agama membuatkan dia kurang arif soal halal dan haram.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom bukan perampas, Fuad Rahman dedah perkahwinan kedua hanya bertahan 6 bulan... sedang dalam proses perceraian

ARTIKEL BERKAITAN: Fuad Rahman rupa-rupanya kekasih lama Tom, cinta kembali terjalin selepas GV9

"Kehidupan saya mungkin tak macam orang lain yang tahu halal dan haram. Salah saya tak ambil berat perkara itu sebelum ini... maaf sangat-sangat. Pada yang kurang senang tengok gambar dan video Tom sebelum ini, saya nak minta maaf.

"Saya sangat tak perasan benda macam itu tak dibolehkan sebagai orang Islam. Terus terang ilmu agama saya tak seberapa. Saya tak ambil berat sangat bab agama sebelum ini.

Hidup saya sebelum ini terlalu terbuka antara lelaki dan perempuan. Saya jahil bab-bab ini.

TOM

PENYANYI

"Hidup saya sebelum ini terlalu terbuka antara lelaki dan perempuan. Saya jahil bab-bab ini," jelasnya.

Sementara itu, Tom memberitahu dia berniat untuk mendalami Islam agar dapat menjadi insan lebih baik pada masa akan datang.

"Saya pun teringin nak belajar bab-bab agama kerana selalu keliru tentang halal haram. Doakan saya supaya lebih tahu bab-bab halal haram selepas ini. Saya minta maaf," ujarnya lagi.

Tom dan Fuad kembali jalinkan hubungan cinta lepas terpisah.

Terdahulu, Tom dan Fuad mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta selepas program GV9 berakhir.

Penyanyi itu mendedahkan Fuad adalah cinta hati lamanya dan mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 hingga 2010.

Untuk rekod, Fuad miliki dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan pertama yang kini masing-masing berusia 16 dan 18 tahun.

Manakala Tom pula pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan miliki tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain