suria

Naim Daniel dapat banyak sokongan selepas sindir puak LGBT ‘Adam dan Haikal’

Naim tetap tenang walaupun dikecam di Twitter.

PENYANYI Naim Daniel sememangnya cukup dikenali sebagai seorang yang lantang menyuarakan pendapat di media sosial tentang pelbagai isu berkaitan dunia hiburan mahupun semasa.

Terbaharu, penyanyi berusia 25 tahun ini sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas menyuarakan pandangan mengenai sebuah video dimuat naik seorang lelaki dipercayai golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan meminta agar rakyat Malaysia menyokong dan menerima diri mereka seadanya.

Bagaimanapun, Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin dalam ciapannya berkata, setiap manusia di dunia ini berpasangan di antara lelaki dan wanita bukan sebaliknya.

WhatsApp Image 2022-12-10 at 2.53.56 PM

Kenyataan Naim Daniel dikecam golongan LGBT.

"Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan bukannya Adam dan Haikal," tulisnya.

Kenyataan dibuat Naim itu nampaknya tidak disenangi golongan tersebut sehingga ada cuba mengungkit kembali tanda suka pernah ditinggalkan penyanyi tersebut menerusi beberapa twit lain sebelum ini.

Malah puak yang menyokong LGBT memulakan gerakan 'cancel' penyanyi itu yang disifatkan hipokrit.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat lagu syok sendiri, Naim Daniel lamar Dolla kolaborasi dalam ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat’

ARTIKEL BERKAITAN: Tajuk lagu panjang, Naim Daniel mahu sampai mesej secara terus kepada peminat

"Naim cakap tak serupa bikin, mari tengok like twit kau yang agak 'SUS' dan hipokrit itu.

"Kita patut 'cancel' Naim, tolong fokus ketinggian kau sahaja!," antara komen netizen.

Dalam pada itu, biarpun mendapat kecaman namun masih ramai menyokong tindakannya kerana apa dikatakan Naim adalah benar dan berdasarkan fakta.

Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan bukannya Adam dan Haikal.

NAIM DANIEL

PENYANYI

Kata netizen, fahaman LGBT semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia dan harus dibendung sebelum ia merebak dan merosakkan generasi baharu.

Dakwa netizen lagi, hanya golongan tersebut yang terasa dengan kenyataan dibuat Naim kerana mereka sedar ia adalah perkara benar.

"Betul apa Naim kata, yang 'cancel' dia pun cuma puak LGBT yang konon tersakiti.

"Geng LGBT sahaja 'cancel' dia, kami yang normal makin sokong dengan kenyataan tersebut kerana ia fakta.

PIXX-20221209-KUCHING-TVS-ARUELARIEL

Antara komen mengecam kenyataan Naim Daniel.

"Semoga puak-puak ini insaf dan kembali ke jalan yang benar dan takutlah dengan siksaan di akhirat kelak," komen netizen.

Isu yang hangat diperkatakan di Twitter itu turut melarat sampai ke Instagram penyanyi berkenaan apabila netizen menunjukkan tanda sokongan terhadap Naim.

Naim juga dilihat memuat naik gambar dia sedang membuat persembahan di pertandingan akhir program Getaran Jiwa yang berlangsung di Kuching, Sarawak dengan kapsyen seolah-olah memerli golongan tersebut.

"Aok down ke tu? Koi tak down (kamu down ke tu? Saya tak down)," tulisnya dipercayai merujuk kepada hentaman diterimanya berhubung isu tersebut di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain