suria

Tom dituduh ‘penyondol’ punca rumah tangga Fuad Rahman retak… “Bekas isteri pun tahu hubungan kami”

Tom nafi jadi orang ketiga.

SELEPAS mendedahkan status hubungan cinta dengan Fuad Rahman, penyanyi Tom mendapat kecaman netizen sehingga dituduh sebagai 'penyondol' punca keretakkan rumah tangga kekasihnya itu.

Menafikan tuduhan tersebut, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, tampil menjelaskan mengenai hubungannya dengan Fuad yang kembali terjalin semula, baru-baru ini.

"Tak tahulah nak cakap apa. Saya kenal dia sebelum sertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9). Baru sekarang ini kami kembali bercinta.

fuad2 - 1

Tom tampil menjelaskan perkara sebenar.

"Hubungan dia dan bekas isteri dah berakhir, cuma ada beberapa urusan belum selesai.

“Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya bukan penyondol," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jahil bab agama, Tom mohon maaf isu foto mesra dengan Fuad Rahman - "Sebelum ini berpelukan dengan lelaki perkara normal"

ARTIKEL BERKAITAN: Tom bukan perampas, Fuad Rahman dedah perkahwinan kedua hanya bertahan 6 bulan... sedang dalam proses perceraian

Isu mula timbul apabila seorang individu memberi komen di sebuah portal hiburan mendakwa Fuad masih berstatus suami orang.

Menerusi ruangan komen itu, individu tersebut turut meminta bukti perceraian Fuad dengan bekas isteri di mahkamah.

Mengetahui hubungan Fuad dan bekas isteri bermasalah, Tom memberitahu dia sudi menerima cinta kekasihnya dan sentiasa memberikan sokongan penuh ketika berdepan waktu sukar ini.

Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya bukan penyondol.

TOM

PENYANYI

"Sejak jumpa di GV9, hubungan dia dengan isteri memang dah bermasalah. Saya kesian melihat dia melalui waktu sukar.

"Saya juga tengok bukti perbualan hubungan mereka dilanda masalah ketika itu.

"Saya terima untuk kembali bercinta kerana ikhlas mahu menjaga dia. Dia perlukan seorang teman," ujarnya.

Tom juga menyedari hubungan mereka itu akan terus menjadi perhatian ramai dan tidak terlepas daripada kritikan individu yang kurang senang dengan mereka.

fuad1 - 1

Komen yang tular di media sosial.

Tidak ambil pusing dengan hal tersebut, Tom kini lebih fokus untuk membantu Fuad menaikkan kembali semangat yang telah hilang.

"Orang boleh cakap apa sahaja kerana mereka tak tahu apa. Kami yang melalui hubungan ini.

"Biarlah apa sahaja orang nak cakap. Saya tak ambil peduli," jelasnya.

Tom dan Fuad sebelum ini sama-sama berkongsi berita gembira cinta mereka kembali bertaut setelah sekian lama berpisah.

Mereka pernah bercinta pada tahun 2005 namun hubungan tersebut terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan polis dan dijatuhkan hukuman penjara akibat dadah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain