suria

Safiey Illias berang dituduh muflis, hilang kerana hidap bipolar... buat comeback 2023 sebagai ‘Nurwanita’

Safiey Illias bakal kembali berniaga pada tahun 2023.

SUDAH agak lama usahawan sensasi Safiey Illias menyepi dari dunia media sosial sejak namanya terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua remaja di mahkamah.

Bagaimanapun, Safiey atau Mohd Safiuddin Illias, 28, muncul di Instagram bagi menjawab tuduhan kononnya dia sudah jatuh muflis dan menyifatkan perkara itu sebagai palsu.

Jelasnya, khabar angin disebarkan oleh seorang ejen hartanah itu adalah tidak benar malah meminta mana-mana individu tidak menggunakan namanya untuk meraih populariti segera.

"Bankrup celah mana ya? Cukup-cukuplah fitnah Nurwanita (panggilan Safiey). Sabar jelah. Tak apa saya anggap ini sebagai pembakar semangat kepada mulut-mulut yang asyik nak bertepuk tangan tengok orang ditimpa musibah.

Safiey sangkal dakwaan dirinya telah bankrup.

"Masalah saya bukan kewangan, saya dah lama berniaga daripada sekolah umur 16 tahun, sampailah umur saya 25 tahun. Tak salah kot saya nak berehat sekejap dua hingga tiga tahun.

"Kalau boleh janganlah buat content guna nama saya untuk naikkan view awak. Berdiri atas kaki sendiri, boleh tak? Kongsi benda betul tidak apa, ini sampai fitnah, orang jadi salah faham pula," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tengok dada Safiey Ilias, hukumnya haram! Pakar psikologi anggap keterlaluan... usahawan transgender buat gangguan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: “Cantik tak rambut I?” - Safiey Ilias sempat ‘catwalk’ di koridor mahkamah pakai baju lokap, direman 3 hari tuduhan amang seksual

Safiey membuat penjelasan itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu dan memuat naik bukti salinan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia yang menunjukkan dia tiada dalam rekod muflis.

Menjelaskan kehilangannya, Safiey memberitahu selain ingin berehat, dia juga sedang berdepan dengan beberapa penyakit berkaitan mental yang turut menggangu perniagaan dijalankan.

Katanya, dia kini dalam tempoh bertenang namun akan membuat kemunculan semula dengan penjenamaan dan konsep baharu tahun hadapan.

240412330_4377201759004163_7489571838820318194_n

Safiey Illias memaklumkan dirinya dalam tempoh bertenang.

"Tak bermakna kita diam, kita down... perniagaan kita merundum. Ini Nurwanita nak bagi tip sikit, dalam berniaga perlu ada 'cooling period' kemudian kita kembali dengan branding dan konsep baharu.

"Jadi kita lebih fresh dan kita buka buku baru... dengan berperang sakit bipolar dan masalah kesihatan mental lain, tak mudah tau. Jadi saya ambil langkah berehat sebentar dan wujudkan tempoh bertenang," jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Syinta Gila ini berharap agar peminat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya sekali gus dapat memperoleh kejayaan kelak.

Tekannya, dia tidak pernah gagal cuma melalui proses pembelajaran dan mahu membuat kemunculan semula dengan nama Nurwanita agar lebih segar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain