suria

Nad Zainal nampak ceria muncul pertama kali sejak masuk hospital, perjelas semua spekulasi sepanjang di ICU

Nad Zainal kelihatan ceria ketika muncul dalam TikTok Live pada malam Sabtu.

SELEPAS sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru, pelakon Nad Zainal membuat kemunculan pertama menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Sabtu bagi menjelaskan keadaan terkininya.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, meluahkan rasa syukur apabila sudah dibenarkan keluar wad dan kembali ke pangkuan keluarga dan bertemua kedua-dua anaknya.

Kata Nad, keadaan kesihatannya masih belum sembuh sepenuhnya selain mudah mengalami masalah pernafasan pendek apabila terlalu banyak bercakap.

Pun begitu, menerusi video siaran langsung berkenaan, Nad yang mengenakan baju berwarna hitam dan tudung rona krim kelihatan ceria dan aktif selain tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada semua yang sering mendoakan kesihatannya.

Nad Zainal TikTok 2

Nad Zainal muncul di TikTok selepas sebulan dirawat di hospital.

"Pengalaman selama sebulan di hospital amat bermakna buat saya menghargai kehidupan saya dan lebih berhati-hati tentang kesihatan saya... menghargai orang sekeliling dan selalu buat pemeriksaan kesihatan serta menghargai semua makanan.

"Nafas saya masih pendek, tak boleh cakap banyak kerana paru-paru masih belum sembuh sepenuhnya.

"Apabila saya dah mula tercungap percakapan saya akan jadi laju atau terlalu perlahan... saya juga mengalami batuk tapi bukan kerana Covid-19," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal kembali! Bakal muncul live di TikTok malam ini selepas sebulan bertarung nyawa

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal sudah keluar ICU, boleh berbual dan ketawa

Tambah Nad, buat masa ini dia perlu menelen 11 biji ubat setiap hari bagi membantu proses penyembuhan selain perlu membuat senaman pernafasan.

Dalam pada itu, Nad turut mengambil kesempatan tersebut bagi menjelaskan beberapa spekulasi yang bertebaran sepanjang dia menerima rawatan dan ditidurkan.

Kata Nad, dakwaan kononnya dia sakit disebabkan kesan long Covid-19, menghidap sakit buah pinggang kesan pengambilan suplemen adalah tidak benar sama sekali.

"Semua dakwaan itu tidak benar. Saya hanya mengalami masalah paru-paru berdarah.

Nafas saya masih pendek, tak boleh cakap banyak kerana paru-paru masih belum sembuh sepenuhnya.

NAD ZAINAL

PELAKON

"Saya sendiri sukar nak jelaskan punca mengapa ia berlaku... tapi saya akan kongsi lebih lanjut mengenainya kelak," katanya.

Sementara itu, Nad turut melahirkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan selebriti yang banyak membantu dia serta mengumpulkan dana bagi menampung kos rawatan sepanjang di hospital.

Malah Nad turut melahirkan rasa terharu terhadap rakannya, pelakon Ungku Ismail yang banyak membantu serta menjelaskan semua spekulasi tidak benar tentang keadaannya kepada orang ramai.

Nad memaklumkan, buat masa ini dia akan berehat daripada lakonan bagi membolehkan dia benar-benar sembuh sebelum kembali ke set penggambaran.

310386196_2078291402370639_8474772862962020602_n

Nad Zainal berehat sementara dari lakonan.

"Saya ambil rehat selama dua bulan untuk persiapkan diri saya. Kalau nak berlakon pun saya nak persiapkan diri saya... saya nak kembali dalam keadaan sihat dan nak berikan yang terbaik kepada peminat yang mendoakan saya.

"Rakan-rakan dan keluarga pun minta saya untuk berehat dahulu dan tidak terus berkerja," ujarnya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Malah, sejak Nad dirawat di hospital, pelakon Ungku Ismail dan juga pengarah Shahrulezad Mohammedin banyak berkongsi perkembangan aktres berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain