NAMA penyanyi Baby Shima tidak pernah sepi dengan pelbagai kontroversi sehinggakan dia sering menjadi sasaran makian netizen di laman sosial yang tidak berpuas hati dengannya. Terbaharu, Shima sekali lagi menjadi bahan netizen apabila dia mendedahkan mempunyai kad pengenalan (KTP) Indonesia ketika membuat kemunculan menerusi program Pagi Pagi Ambyar di saluran Trans TV di Indonesia baru-baru ini. Shima atau Nor Ashima Ramli, 30, menunjukkan kad KPT tersebut selepas hos program berkenaan bertanya sama ada dia mahu menjadi rakyat negara itu sambil memberitahu dia kini memang sudah menjadi warganegara Indonesia. "Ya, Shima sudah jadi orang Indonesia. Shima punya kad pengenalan," katanya sambil menunjukkan kad berkenaan. Shima bersama selebriti Indonesia, Atta Halilintar. Susulan pengakuannya itu, sedutan rakaman tersebut tular di media sosial dan ramai memberitahu mereka gembira dengan perkhabaran terbaharu itu dan tidak kisah sekiranya benar Shima sudah bergelar rakyat Indonesia. "Ambil terus (Shima) dan tolong tinggal di sana sahaja. Eloklah, kami dah lama tak nak dia. Jujurkan lebih baik. "Kerakyatan boleh ada satu sahaja, kan? Macam mana dia boleh ada KTP sana?," komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Betul-betul bengang! Baby Shima buat laporan polis, 'naik hantu' foto digunakan tanpa kebenaran ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berkopiah hantar mesej lucah, Baby Shima dakwa bukan fake account - "Memang dia sebab ada hantar gambar tengah..." Tinjauan mStar terhadap video penuh temu bual itu di YouTube mendapati Shima sebenarnya hanya bergurau tentang perkara itu sebaliknya KTP yang dimaksudkan adalah Kad Tanda Pahlawan (KTP) Orang Baik Indonesia yang dibuatnya sendiri. Shima bagaimanapun memberitahu dia pernah terfikir untuk berhijrah ke negara berkenaan memandangkan masyarakat Malaysia tidak menyukai dia. "Saya pernah terfikir untuk berhijrah ke Indonesia... tapi bila fikirkan semula, bagaimana ya? Susah tak? "Di Malaysia sahaja sering disakiti, apa lagi di Indonesia. Jadi, saya sudah terbiasa dan tak kisah," ujarnya. Kenyataan Shima yang dimuat naik di instastory. Sementara itu, di Instastory miliknya, penyanyi lagu Roadblock Hatiku ini turut menjawab soalan pengikut yang ingin tahu bagaimana dia boleh tahan menerima makian netizen setiap hari. Menjawab dengan nada sarkastik, Shima menganggap golongan itu sebagai tidak mempunyai pekerjaan kerana sering bercakap buruk tentang dia. Malah dia turut menawarkan pekerjaan mencuci jamban kepada golongan tersebut agar tidak membuang masa mengutuk orang lain. "korang kena faham, si pemaki tu seorang penganggur sebab tu dia selalu ada dan maki orang. Orang menganggur kan selalu marah-marah. Kesian. Nak kerja dengan Shima tak? Cuci jamban," tulisnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI