suria

Caprice selar penerbitan novel plot pedofilia, terjual sampai 5,000 naskhah... bimbang jenayah seksual semakin berleluasa

Caprice mohon henti normalisasikan budaya lucah.

PENYANYI rap Caprice meluahkan kekesalan dan terkejut bagaimana sebuah novel yang menampilkan plot berunsurkan pedofilia boleh diterbitkan sehingga terjual lebih 5,000 naskhah.

Caprice atau Ariz Ramli, 34, mendedahkan, novel tersebut mengisahkan percintaan seorang remaja lelaki dengan kanak-kanak bawah umur malah lebih menjelikkan, bahasa digunakan dalam novel tersebut turut berunsur lucah.

Kata Caprice, apa lebih membimbangkan novel itu turut menggambarkan keghairahan seorang lelaki terhadap kanak-kanak dan menggunakan perkataan tidak sesuai untuk pembaca.

"Lelaki umur 19 tahun bercinta dengan budak 10 tahun. Biar saya bagi kamu teaser tentang novel ini... 'Tapi aku rasa nak ro**l kau je sekarang. Itu sebab aku nak cepat-cepat nikah dengan kau. Boleh aku ro**l kau selalu'.

cap1 - 1

Caprice mempersoalkan kandungan novel berunsur pedofilia.

"Macam mana buku ini boleh diterbitkan dan terjual lebih 5,000 naskhah?," soalnya.

Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang di muat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri seharian moody, Caprice terlupa ulang tahun pertama perkahwinan - "Terima kasih bersabar dengan lelaki paling kontroversi di Malaysia"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh tidur dan sentiasa bertenaga, Caprice dan isteri tunjuk simptom kena sihir - "Kami akan lawan dan cepat sembuh"

Dalam pada itu, Caprice turut menjelaskan situasi seperti ini menjadi antara punca berlakunya jenayah seksual terutamanya dalam kalangan remaja bawah umur yang semakin berleluasa.

Penyanyi rap itu menggesa agar perkara seumpama itu tidak dinormalisasikan dan menyeru budaya tersebut dihentikan sama ada menerusi drama, filem atau pun buku.

"Kalau korang terfikir kenapa terlalu banyak kes gangguan seksual yang melibatkan guru atau ustaz, ini kerana kita menormalisasikan perkara-perkara seperti ini.

cap2 - 1

Situasi seperti ini menjadi antara punca berlakunya jenayah seksual - Caprice.

"Kita perlu berhenti menormalisasikan budaya ini dalam drama, filem atau buku kerana ia hanya memberi inspirasi kepada penjenayah pedofilia di luar sana," ujarnya.

Terdahulu, isu mengenai novel berkenaan hangat diperkatakan di media sosial yang didakwa mengandungi babak berunsur lucah yang melibatkan pedofilia.

Isu ini dibangkitkan oleh seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan tentang penerbitan novel itu selain turut menyelar tindakan penulis yang didakwa hanya meminta maaf berhubung kandungan novel tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain