suria

Setahun penyanyi Rizal Rasid derita penyakit misteri, merata berubat tapi tak tahu punca

Rizal kongsi detik terkena penyakit misteri pada tahun 2022.

TAHUN 2022 meninggalkan memori pahit buat penyanyi kelahiran Brunei iaitu Rizal Rasid yang mendedahkan dia diserang penyakit misteri sehingga terpaksa melalui pelbagai episod hitam yang hampir memusnahkan hidupnya.

Rizal, 27, mendedahkan dia diserang penyakit misteri tersebut secara tiba-tiba namun enggan mendedahkan punca sebenar keadaannya itu kerana bimbang menjadi fitnah.

"Saya ada kehidupan normal dan bahagia sebelum datangnya 2022 dan diserang penyakit misteri secara tiba-tiba.

Rizal lakukan perubatan kampung untuk sembuh dari penyakit misteri.

"Malas hendak cakap banyak fasal ini sebab takut jadi fitnah, anda nilaikan sendiri gambar ini," katanya.

Perkara itu dikongsi Rizal menerusi TikTok miliknya yang memaparkan perubahan dirinya sepanjang tahun 2022 yang kelihatan berbeza sebelum diserang penyakit misteri berkenaan.

Dalam pada itu, Rizal memberitahu sepanjang tempoh itu juga dia sudah melalui pelbagai jenis rawatan bagi memulihkan penyakit tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri tayang badan sado... patut lama hilang, rupanya sembunyi di gim

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai seram tengok Da'i Syed pegang bayi sebelah tangan, tapi netizen kata itu cara betul... ibunya tampil perjelas situasi sebenar

Kata Rizal, usaha dan tawakal kepada Allah akhirnya membuahkan hasil apabila keadaannya kini bertambah baik berbanding sebelum ini.

"Macam-macam cara keluarga saya buat... hantar saya pergi berubat sebab nak tengok saya sembuh macam biasa.

"Alhamdulillah saya dah okey sekarang. Saya tidak mahu jadi macam ini balik... takut sangat-sangat," katanya.

Rizal dedah tertekan kerana kehilangan pekerjaan.

Disebabkan peristiwa hitam itu, Rizal memberitahu dia mengambil keputusan untuk memperbaiki penampilannya dengan memotong rambut serta aktif bersenam di gim.

Malah, dia kini sudah kembali menetap di Kuala Lumpur bagi meneruskan kembali karier nyanyiannya yang tergendala ekoran pandemik Covid-19 dan penyakit misteri dihidapinya.

Besar harapan Rizal agar kehidupan dan kariernya kembali bersinar bersempena kedatangan 2023 selain ingin melupakan titik hitam yang berlaku kepada dirinya sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain