suria

Lafaz cerai 3 kali terhadap isteri, Cat Farish serah mahkamah buat keputusan… “Mungkin berlaku tanpa niat”

Cat mohon doa yang baik-baik.

PENYANYI Cat Farish mohon diberi ruang menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi selepas isterinya mendakwa diceraikan sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.

Cat atau Farrish Zaquan, 46, berkata, dia kini dalam proses untuk memperbaiki kesilapan dan berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buat dia dan isteri.

"Sebenarnya perkara ini adalah hal peribadi yang tak dapat dikongsikan lagi. Cuma saya nak minta untuk semua berdoa yang baik-baik.

cat1 - 1

Cat mendirikan rumah tangga dengan Suriani pada 20 November 2020.

"Saya enggan memberi komen lanjut kerana situasi pun sedang ‘panas’. Saya tidak mahu ada salah faham di antara kami yang mengeluarkan kenyataan mengikut emosi," katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, isteri Cat iaitu Suriani Hassan, 36, mendakwa penyanyi itu diceraikan sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab munasabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Cat Farish selamat bernikah lagi - "Inilah isteri abang, ada siapa-siapa berani kacau?"

ARTIKEL BERKAITAN: Gemuk salah! Kurus pun salah... Cat Farish penat asyik ditanya tentang berat badan - "Dulu saya bernafas bunyi macam gajah"

Dalam pada itu, Cat memberitahu dia tidak mahu mengeluarkan sebarang komen berhubung isu rumah tangganya sebaliknya menunggu perbicaraan di mahkamah pada 16 Januari 2023.

Kata Cat, dia menyerahkan kepada mahkamah bagi membuat keputusan berhubung tiga lafaz cerai yang dibuat terhadap isteri.

"Mengenai perkara ini saya perlu dapatkan pengesahan daripada pihak mahkamah dan bertanya apakah yang harus saya lakukan.

"Sebab perkara ini mungkin berlaku tanpa niat, iyalah kita kadang-kadang pun stres. Jadi, saya hanya mahu menunggu 16 Januari ini untuk mengetahui status sebenar kami," ujarnya.

Sebenarnya perkara ini adalah hal peribadi yang tak dapat dikongsikan lagi. Cuma saya nak minta untuk semua berdoa yang baik-baik.

CAT FARISH

PENYANYI

Sementara itu, Cat menjelaskan dia bukan cuba melarikan diri daripada masalah sebaliknya mahu menyelesaikan kemelut itu tanpa sebarang emosi yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Kalau saya berbincang dengan isteri, kemungkinan kami akan sama-sama terperangkap dalam emosi. Jadi, saya rasa adalah lebih baik sekiranya masalah seperti ini dibawa pada pihak yang tidak akan mengeruhkan keadaan.

"Saya minta doa yang baik-baik. Sekarang ni saya tidak mahu cakap apa-apa. Lepas hari perbicaraan nanti baru kami boleh ambil keputusan," katanya.

Untuk rekod, Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020 dan pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, Cat pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli namun mereka berpisah pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 16, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain