suria

Pemilihan pelakon oleh stesen TV antara punca kerja lebih masa... Mat London kata perlu ada budi bicara sebelum ‘lenjan’ artis

Artis dan penerbit perlu ada budi bicara.

KENYATAAN pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai isu pelakon dan kru dipaksa bekerja lebih masa hingga 20 jam sehari menarik perhatian ramai pihak.

Mengulas mengenai isu berbangkit ini, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) iaitu Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London berpendapat hal ini tertakluk kepada budi bicara pelakon dan penerbit.

Katanya, segala syarat dan terma seharusnya sudah dibincangkan semasa mereka menandatangani kontrak sebelum memulakan penggambaran.

mat1 - 1

Tanda persetujuan perlu dilakukan sewaktu menandatangani kontrak.

"Saya mencadangkan agar ada satu budi bicara antara pelakon dan pekerja belakang tabir.

"Sebelum penggambaran haruslah kita berbincang dan perlu ada satu kerjasama serta persetujuan antara dua pihak," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad bengang penerbit tamak ‘lenjan’ artis kerja 20 jam sehari... "Minta pantau produksi jahanamkan industri"

ARTIKEL BERKAITAN: Bajet besar belum tentu hasil filem terbaik, FDAM tengah cari 10 pengarah pelapis bawa Malaysia ke pentas dunia

Dalam pada itu, Mat London yang juga merupakan pengarah tidak menafikan faktor kewangan menjadi sebab pihak produksi mahu mempercepatkan tempoh penggambaran.

Ini kerana kos bayaran kepada pelakon adalah sangat tinggi jika mahu dibandingkan dengan keuntungan yang produksi terima.

Sebelum penggambaran haruslah kita berbincang dan perlu ada satu kerjasama serta persetujuan antara dua pihak.

MAT LONDON

PRESIDEN FDAM

"Saya tidak nafikan penerbit memendekkan jangka masa penggambaran demi menghadkan kos penerbitan. Bayaran pelakon sahaja dah habis banyak.

"Belum lagi kos yang perlu dibayar kepada stesen televisyen (TV). Jadi, sebenarnya tiada keuntungan pun buat drama ni. Penerbit hanya menerbitkan drama kerana itu memang minat mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Mat London juga berharap agar stesen TV menerima cadangan yang diberikan penerbit mengenai pemilihan pelakon yang bakal membintangi drama di saluran mereka.

Ini kerana kebanyakan stesen TV mempunyai pilihan pelakon sendiri terutamanya mereka yang popular di media sosial.

mat2 - 1

Mat London berharap agar stesen tv juga memainkan peranan penting.

Disebabkan mengikut kehendak stesen TV, pihak produksi terpaksa akur dengan jadual padat membabitkan selebriti berkenaan.

"Bayangkanlah jika bayaran untuk artis-artis ini sahaja dah RM40,000 ke RM50,000, itu baharu seorang artis... tak termasuk pelakon pembantu. Jadual mereka juga biasanya padat dan pihak produksi terpaksa mengikut saja.

"Kalau pukul 10 malam baru mereka free, terpaksa la scene itu dibuat sampai tengah malam. Padahal kru lain semua dah bekerja dari pagi. Jadi saya harap agar stesen TV mendengar juga cadangan daripada penerbit untuk memilih pelakon yang baik," jelasnya.

Sebelum ini, Sharnaaz meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelakon terpaksa bekerja selama 20 jam kerana produksi mahu menjimatkan kos penerbitan drama atau filem terbitan mereka.

Aktor itu meminta agar pihak FDAM, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk memantau waktu kerja yang dijanjikan sebelum ini iaitu 12 jam sehari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain