PENGARAH Syamsul Yusof berjanji akan menyelesaikan masalah kemelut rumah tangga bersama pelakon Puteri Sarah Liyana dalam masa terdekat. Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 38, berkata, dia bakal merungkai perkara sebenar yang berlaku di sebalik kemelut yang menjadi bahan bualan masyarakat sejak enam bulan lalu. "Sudah tiba masanya saya bersuara tentang perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih. Syamsul bakal menjawab segala persoalan tidak lama lagi. "Insya Allah dalam masa terdekat ini saya akan menjawab dan meleraikan satu persatu kepada umum. "Berikan saya sedikit masa untuk selesaikan semuanya. Dalam masa terdekat Insya Allah saya akan berikan titik noktah kepada semua permasalahan ini," katanya. Syamsul berkongsi mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di Instagram miliknya pada malam Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof dakwa Jawi dedah maklumat, mahu saman RM10 juta termasuk fitnah kahwin lagi ARTIKEL BERKAITAN: Heboh peminat dedah Syamsul Yusof nikah Ira Kazar! Puteri Sarah kata, "soroklah selagi boleh sorok" Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak termasuk Puteri Sarah yang sering menceritakan kisah peribadi mereka di media sosial. Kata Syamsul, perkara itu tidak seharusnya dikongsikan secara umum kerana ia melibatkan kisah peribadi mereka. "Walaupun saya ingin membuka mulut dan bersuara, berbezanya saya dan isteri saya, saya tidak mahu ikut cara dia. "Saya tidak mahu membuka aib atau pekung sesiapa kerana ia adalah soal perkahwinan. Soal peribadi antara saya dan dia," jelasnya. Sudah tiba masanya saya bersuara tentang perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih. SYAMSUL YUSOF PENGARAH Sementara itu, Syamsul menjelaskan dia terkesan dengan pelbagai hinaan dan pandangan serong netizen terhadap dirinya sehingga menganggu kerjanya di set penggambaran. Bagaimanapun kata Syamsul, sebagai seorang selebriti dan dibesarkan dalam kalangan keluarga seni, dia akur dengan segala tuduhan dan kecaman yang diterima. "Apa pun saya sedar kehidupan sebagai seorang selebriti membuatkan semua orang memandang dan segala tingkah laku kita akan menjadi perhatian ramai. "Saya juga manusia biasa, kadang-kadang terganggu fokus saya untuk menghasilkan filem. Saya terima apa yang netizen lemparkan tuduhan... tak mengapa, saya terima dengan hati terbuka," ujarnya. Syamsul kini sibuk dengan penggambaran filem Original Gangster. Terdahulu, Syamsul mendedahkan bakal mengambil tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jawi kerana didakwa membocorkan maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitnah terhadap dirinya. Sebelum itu, Puteri Sarah mendedahkan menerima banyak mesej memaklumkan Syamsul sudah berkahwin dengan Ira Kazar dan meminta suaminya itu tampil menjelaskan tuduhan berkenaan. Syamsul bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai fitnah. View this post on Instagram A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI