suria

Pembantu rumah curi barang kemas dah kena tangkap, kakak Aliff Syukri kejar sampai ke Puchong 3 pagi... “Sempat beli iPhone untuk kekasih”

Hayati dedah barang yang dibawa lari tidak sampai RM300,000.

KAKAK kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamaruzaman meluahkan rasa syukur apabila pembantu rumah yang membawa lari barang kemas milik ibu mentuanya berjaya ditahan pihak polis.

Noor Hayati berkata, wanita warganegara Indonesia itu berjaya diberkas hasil bantuan kenalan sebelum suspek dijumpai di Puchong, Selangor dan kini berada dalam tahanan pihak berkuasa.

"Alhamdulillah doa orang ramai, hasil bantuan kenalan terdekat dan pihak polis yang cekap akhirnya semuanya selesai malam tadi. Saya sendiri mengejar suspek sampai ke Puchong hingga pukul 3 pagi. Kes selesai dan suspek kini di tahan pihak Polis.

"Bukan semua orang yang datang bekerja ke Malaysia itu niatnya tak elok. Saya juga ada orang yang bantu," katanya.

74872864_772083689870698_7369482477927943707_n

Pembantu rumah lari bersama barang kemas berjaya ditemui.

Noor Hayati memaklumkan mengenai tangkapan itu menerusi TikTok miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Noor Hayati menjelaskan barang kemas yang berjaya dibawa lari pembantu rumah berkenaan sebenarnya tidak mencecah RM300,000 seperti dilaporkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa lari barang kemas RM300,000, kakak Aliff Syukri minta kesan pembantu rumah... “Bagi layanan baik, gaji pun sedap”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri tayang badan sado... patut lama hilang, rupanya sembunyi di gim

Hasil siasatan mendapati suspek tidak sempat mengambil semua barang berharga milik ibu mentuanya kerana melakukan perbuatan itu secara tergesa-gesa sebelum melarikan diri.

Jelasnya lagi, wanita berkenaan sempat menggadai beberapa barangan yang dicuri pada hari kejadian malah suspek sempat membeli sebuah telefon dipercayai jenama iPhone untuk teman lelakinya.

"Mula-mula memang rasa nak tarik kes sebab kasihan apatah lagi dia ada anak kecil dan keluarga di kampung. Kalau semua barang saya dapat kembali, saya nak hantar di balik (Indonesia) tapi benda tidak berlaku sepatutnya... barang banyak hilang," katanya.

Untuk orang perempuan, jangan kelabu mata dan hati-hati dengan ayat manis lelaki.

NOOR HAYATI KAMARUZAMAN

USAHAWAN

Sementara itu, Noor Hayati berkata, dia berharap kejadian seperti ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain terutamanya golongan wanita agar tidak terpedaya dengan kata-kata lelaki durjana.

Kata usahawan itu, apa berlaku kepada pembantu rumah ibu mentuanya itu adalah contoh jika mudah termakan ayat manis seorang lelaki sehingga memakan diri.

34401461_177146382958003_2271183812840914944_n

Hayati anggap kejadian berlaku sebagai pengajaran.

"Semoga menjadi pengajaran termasuk diri saya sendiri. Kekal dengan cita-cita dan fokus pada apa yang ingin diusahakan dalam hidup. Jangan ambil hak orang. Jangan ganggu orang keliling.

"Kesudahannya pasti makan diri kalau tersasar. Untuk orang perempuan, jangan kelabu mata dan hati-hati dengan ayat manis lelaki yang baru dikenali... jaga maruah diri," jelasnya.

Terdahulu, Noor Hayati dan ibunya, Rozita Ibrahim meminta bantuan orang ramai menjejaki pembantu rumah dikenali sebagai Citra yang membawa lari barang kemas milik ibu mentuanya dianggarkan bernilai RM300,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain