PENYANYI dan pelakon Watie Sadali diperintah membayar sebanyak RM2,000 setiap bulan sebagai ansuran melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada salah seorang bekas ahli kumpulan Elite iaitu Hana Adnan. Keputusan tersebut dicapai dalam prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor pada pagi Khamis. Berkongsi perkara tersebut, peguam kepada Hana iaitu Mohd Fikri Abd Rahman memaklumkan keputusan penyelesaian itu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Hana sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila Watie gagal bayar hutang. "Kes pagi ini (Khamis) adalah bagi merekodkan penyelesaian kedua-dua belah pihak dan mereka bersetuju dengan terma yang disebut mahkamah. "Watie dikehendaki membayar sejumlah RM2,000 setiap bulan bermula 5 Januari tahun hadapan sehingga selesai jumlah tuntutan yang dibuat Hana," katanya kepada mStar. Kata Fikri lagi, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 46, sebelum ini pernah membuat rayuan untuk mengurangkan kos bayaran bulanan daripada RM2,500 kepada RM2,000 seperti yang diperintahkan pada tahun 2017 dan mahkamah membenarkan. ARTIKEL BERKAITAN: Hana hilang sabar Watie langgar arahan mahkamah enggan bayar hutang, dakwa mampu pula beli barang mahal ARTIKEL BERKAITAN: “Puas Hati Watie Perlu Bayar Hutang” – Hana Adnan Bagaimanapun keputusan mahkamah kali ini secara tidak langsung mensyaratkan isteri kepada Joey Daud itu untuk komited melangsaikan tuntutan dan boleh dikenakan tindakan jika gagal berbuat demikian. "Sebelum ini Watie cuba mengelak membayar hutang tersebut. Kali ini sudah setuju beri komitmen dan tidak boleh lari. Kalau gagal bayar dan ulang perbuatan lama, kami boleh ambil tindakan penghinaan perintah mahkamah. Kalau gagal bayar dan ulang perbuatan lama, kami boleh ambil tindakan penghinaan perintah mahkamah MOHD FIKRI ABD RAHMAN PEGUAM "Jika ia berlaku, salah satu hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara terhadap Watie," jelasnya. Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish. Isu hutang antara Hana dan Watie berlarutan sejak 2017. Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman. Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI