suria

Puteri Sarah pernah izin Syamsul kahwin Ira tapi dia tolak! Bukan tak nak bincang, setahun nombor kena ‘block’

Sarah dakwa dia tidak dapat berhubung dengan Syamsul untuk bincang masalah.

NAMPAKNYA kemelut rumah tangga Syamsul Yusof makin berpanjangan apabila dia terus diserang oleh isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dengan pelbagai kritikan dan tuduhan di media sosial.

Terbaharu, wanita itu menyifatkan suaminya pengecut kerana tidak pernah bersikap jujur atau berani mengakui hubungan yang terjalin dengan Ira Kazar sebelum ini.

Puteri Sarah, 38, berkata, sebelum ini dia sudah beberapa kali meminta Syamsul berterus terang mengenai kecurangannya namun pengarah tersohor itu tetap menutup mulut malah menafikan ada wanita lain dalam hatinya.

Malah dakwa aktres itu, dia pernah meminta Syamsul berkahwin dengan Ira namun Syamsul berulang kali memberitahu tidak mahu berbuat demikian.

syamsul 222

Pada Jumaat, Syamsul mendedahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

“Kepada Mohd Syamsul, tindakan awak saya boleh katakan sebagai lelaki pengecut kerana dah kahwin baru nak keluar di media sosial.

“Macam mana awak ambil saya dahulu, patutnya tanya dahulu ibu bapa kita. Tetapi bila ditanya, awak nafikan dan kata tak mahu perempuan itu (Ira).

“Empat tahun perkara ini berlaku. Saya suruh awak kahwin. Banyak kali awak cakap tak nak kahwin dengan perempuan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar, minta Puteri Sarah selesai kemelut rumah tangga tanpa buka aib

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam kecewa Syamsul tak bincang nikah Ira Kazar, harap tak abai tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan anak-anak

“Harap selepas ini awak selesaikan semua dan jangan kata saya buka aib. Awak tak tahu macam mana perasaan dalam tempoh berpantang dan tengok video awak bersama perempuan itu? Kalau betul hubungan awak, kenapakah perlu nikah di Thailand?” Soalnya.

Puteri Sarah membuat pendedahan itu bagi menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan Syamsul menerusi perkongsian video di Instagram miliknya pada malam Jumaat.

Terdahulu, Syamsul yang mengakui sudah berkahwin dengan Ira di Thailand turut meminta Puteri Sarah bersemuka dengannya agar mereka dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga yang sudah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Macam mana nak bincang kalau awak block saya? Kalau unblock boleh bincang. Dah setahun awak block.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Menjelaskan dakwaan tersebut, pelakon berkenaan memberitahu nombor telefonnya sudah disekat Syamsul dan itu menyukarkan dia berhubung sejak setahun lalu.

Kata Puteri Sarah, sekiranya Syamsul ingin berbincang, dia menyarankan agar pengarah filem itu membuka sekatan terhadap nombor telefonnya selain dia tahu di mana mahu mencari suaminya itu.

"Macam mana nak bincang kalau awak block saya? Kalau unblock boleh bincang. Dah setahun awak block.

"Awak tahu saya di mana. Saya ada di rumah ibu bapa saya atau rumah ibu bapa awak. Tetapi apabila awak datang menjemput anak, tidak mahu jumpa saya. Malah setiap pergerakan, saya update di sosial media," jelasnya.

Tambah Sarah, dia juga terpaksa berdepan sendirian dengan pelbagai soalan daripada dua orang anak mereka yang selalu bertanyakan tentang ketiadaan Syamsul di rumah.

sarah 1111

Sarah mendedahkan pernah mengizinkan Syamsul berkahwin dengan Ira.

Dia juga menafikan kononnya menggunakan media sosial sebagai medium untuk membuka cerita yang boleh memburukkan suaminya itu.

"Awak tiada dan tinggalkan saya terkontang-kanting menjaga anak-anak. Saya terpaksa jawab soalan mereka apabila awak tiada. Setiap kali itu juga saya terpaksa berbohong beritahu awak pergi kerja.

"Bila orang bertanya tentang awak, saya selalu cakap Syamsul seorang ayah yang baik dan masih beri nafkah kepada anak-anak. Macam mana boleh kata saya buka aib awak?" ujarnya.

Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah yang berusia 4 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain