suria

Yusof Haslam kecewa Syamsul tak bincang nikah Ira Kazar, harap tak abai tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan anak-anak

Yusof terima keputusan Syamsul kahwin dua.

REDA dengan keputusan dibuat Syamsul Yusof berkahwin dua, penerbit Datuk Yusof Haslam meluahkan perasaan kecewa apabila anaknya itu langsung tidak berbincang terlebih dahulu untuk bernikah dengan Ira Kazar.

Yusof, 69, berkata, kekecohan rumah tangga di antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana mungkin tidak akan menjadi isu sensasi jika dapat mencari jalan penyelesaian sejak dahulu lagi.

"Sebagai bapa saya tidak boleh berkata apa dengan pilihan yang dibuat Syamsul. Dalam hidup ini ada banyak persimpangan... semoga dia pilih jalan yang betul.

syamsul 11111

Berita perkahwinan Syamsul dan Ira mengejutkan banyak pihak.

"Cuma saya ralat kerana dia buat keputusan di saat akhir untuk bernikah. Kalau dia beritahu awal sejak dahulu lagi mungkin kisah rumah tangga mereka tidak melarat di media sosial," katanya ketika dihubungi mStar.

Dunia hiburan pada Jumaat digemparkan dengan berita pengakuan Syamsul yang mengaku sudah melangsungkan perkahwinan dengan Ira di Thailand.

Tidak mengetahui tentang majlis pernikahan tersebut, Yusof bagaimanapun tidak terkejut memandangkan khabar angin hubungan Syamsul dan Ira sudah lama diperkatakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar, minta Puteri Sarah selesai kemelut rumah tangga tanpa buka aib

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah minta Syamsul tak berlagak suci, anak-anak boleh jadi saksi selalu tiada di rumah

"Saya tidak tahu-menahu tentang mereka sudah bernikah di Thailand. Syamsul pun tidak pernah menghubungi kami sebelum ini.

"Berita itu mengejut, namun saya tidak terperanjat kerana sudah lama dengar desas-desus cuma belum ada kepastian," ujarnya.

Dalam masa sama, Yusof turut menitip nasihat buat Syamsul supaya tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan dua orang cucunya.

Kalau dia beritahu awal sejak dahulu lagi mungkin kisah rumah tangga mereka tidak melarat di media sosial

DATUK YUSOF HASLAM

PENERBIT

Dia juga memohon agar semua peminat terus mendoakan yang terbaik untuk hubungan antara Syamsul dan menantunya itu.

"Saya harap Syamsul tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Sarah dan dua orang anaknya. Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk hubungan Syamsul dan Sarah.

"Kekecohan yang timbul sebelum ini pun berpunca daripada dia (Syamsul), jadi perlulah selesaikan secara baik," jelasnya.

sara2 - 1

Yusof harap Syamsul jalankan tanggungjawab terbaik terhadap isteri pertama dan anak-anak mereka.

Sementara itu isteri kepada Yusof, Datin Fatimah pula menerusi satu komen yang ditinggalkan berharap dua orang cucunya akan mendapat 'ayah' yang lebih baik.

"Semoga Allahh gantikan 'ayah' yang lebih baik untuk cucu-cucu saya," jelasnya.

Untuk rekod Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah 4.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain