suria

[V] Puteri Sarah minta Syamsul tak berlagak suci, anak-anak boleh jadi saksi selalu tiada di rumah 

PELAKON Puteri Sarah Liyana memohon agar suaminya, Syamsul Yusof tidak meletakkan kesalahan pada dirinya berhubung kemelut rumah tangga mereka yang sudah berlarutan sekian lama akibat kehadiran orang ketiga.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara sinikal turut meminta Syamsul untuk tidak berlagak suci demi menutup semua kesalahan yang dibuat sebelum ini.

"Syamsul, jangan letakkan kebodohan awak di pihak saya. Berhenti guna nama Allah untuk melihatkan seperti awak terlalu baik di mata manusia," katanya.

sarah 222

Puteri Sarah bersama anak-anaknya, Sumayyah dan Syaikhul.

Puteri Sarah Liyana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Puteri Sarah mendakwa Syamsul sering sibuk bekerja dan jarang berada di rumah yang menjadi antara penyebab masalah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah ucap tahniah, dakwa Syamsul Yusof sudah lama nikah di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar, minta Puteri Sarah selesai kemelut rumah tangga tanpa buka aib

Pelakon itu turut memberi gambaran dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Summayah juga memahami situasi tersebut dan sering bertanya mengapa bapa mereka sering tiada di rumah.

"Kalau Syaikhul dan Sumayyah boleh beri kenyataan di mahkamah, mereka akan berkata: Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik. Bukan kami. Mana ayah, selalu tiada di rumah," ujarnya.

syamsul 222

Syamsul mengaku sudah bernikah dengan Ira Kazar.

Terdahulu, pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar dengan berwakil walikan bapa Ira sendiri iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.

Dalam kenyataan video yang telah dibuat, Syamsul turut meminta isterinya itu pulang ke rumah untuk menyelesaikan segala kemelut di antara mereka.

Puteri Sarah menerusi respons segera terhadap berita tersebut mengucapkan tahniah kepada Syamsul dan Ira namun mempersoalkan tindakan suaminya yang memberi kenyataan seolah-olah meletakkan kesalahan kepadanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain