suria

“Berbohong bukan kebetulan, mereka ada pilihan” - Anak-anak sindir Zainal Abidin dan Fyna Jebat, tegaskan ibu tiada pengganti

Anak-anak Datuk Zainal Abidin beri sokongan kepada ibu mereka.

SEJAK berita pernikahan di antara bekas pemain bola sepak terkenal negara iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan dengan penyanyi Fyna Jebat hebat diperkatakan, pihak keluarga isteri pertama hanya mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan di media sosial.

Sehinggalah kecoh apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini didakwa menyerang Fyna di sebuah restoran mamak di Shah Alam pada Isnin lalu selepas didakwa terasa tersindir dengan kenyataan madunya dalam program Famili Duo baru-baru ini.

Bagaimanapun anak pasangan itu, Zaifiq Zainal dilihat memuat naik gambar mesra bersama adik-beradik lain dan ibu mereka sebagai tanda sokongan dipercayai dengan pelbagai kekecohan melanda keluarga mereka sejak kebelakangan ini.

Zainal dan Zalina sudah hidup bersama selama 38 tahun.

"Biar gambar ini berbicara dengan sendirinya," katanya ringkas di ruangan kapsyen hantaran dibuat di laman sosial miliknya.

Malah Zaifiq atau Muhammad Zaifiq Abidin turut berkongsi beberapa ungkapan yang seolah-olah memberi bayangan tentang kekecewaannya terhadap Zainal yang berkahwin dua iaitu dengan Fyna.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlaku perang mulut, tarik rambut... Fyna Jebat didakwa kena serang madunya di kedai mamak

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki akhirnya terjawab, Fyna Jebat mengaku sudah berkahwin dengan Zainal Abidin

Dalam hantaran tersebut, Zaifiq menyifatkan sesuatu kesilapan itu berlaku secara tidak sengaja namun perbuatan menipu atau berbohong adalah satu pilihan.

"Kesilapan adalah sesuatu yang berlaku secara tidak sengaja. Menipu dan berbohong bukan kebetulan, mereka ada pilihan," kongsinya.

Sementara itu, anak bongsu Zainal iaitu Zahira Aisyah pula memuat naik sebuah video yang menegaskan bahawa tiada siapa yang layak menggantikan tempat ibu mereka.

Anak saudara Zalina turut meluahkan rasa sedih tentang apa yang berlaku.

"Tiada siapa yang dapat menandingi awak, tiada siapa yang boleh menggantikan awak. Saya sayang awak selamanya mama saya yang cantik dan kuat," ujarnya.

Dalam pada itu anak saudara Zalina juga turut meluahkan rasa kecewa apabila ibu saudaranya itu diduakan selepas berkorban 38 tahun untuk keluarga tersayang.

"Awak tak layak dilayan seperti ini Mak Long. Awak layak mendapat kebahagiaan di dunia ini. 38 tahun awak sudah berbakti seluruh hidup awak untuk keluarga ini yang awak dapat?

Anak-anak memberi sokongan penuh terhadap ibu mereka.

"Penyondol tak patut hidup bahagia dekat dunia ini," kongsinya.

Sebelum ini Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 29, membuat pengakuan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Enggan mengulas lanjut tentang perkahwinan tersebut, Fyna bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain