suria

[V] Gagal capai kata sepakat dengan Fatin Afeefa, Adam Shahz tetap lawan tuntut hak penjagaan anak - “Saya sendiri tak tahu dia dekat mana sekarang”

PELAKON Adam Shahz dan bekas isteri iaitu Fatin Afeefa gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.

Proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut bagaimanapun disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.

Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, ketika ditemui berkata, dia tetap dengan pendirian untuk mendapatkan haknya sebagai seorang bapa agar silaturahim mereka tidak terputus.

Kata Adam, meskipun tidak mendapat hak penjagaan bersama, sekurang-kurangnya dia mahukan hak lawatan untuk bertemu anak kesayangannya itu.

WhatsApp Image 2023-01-26 at 1.21.01 PM

Fatin ditemani suami Aliff Awang.

"Saya cuma mahu berjumpa anak... kalau saya tak dapat hak penjagaan pun, saya mahu hak lawatan.

"Sepatutnya perkara ini tidak menjadi isu walaupun kami sudah bercerai tetapi kalau tengok situasi sekarang, saya perlu dapatkan hak saya," katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia sudah tiga bulan tidak bersua muka dengan Ivy yang kini sudah berusia lapan tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz dihalang jumpa anak, dakwa Fatin Afeefa bimbang rahsia terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz minta Fatin Afeefa jangan putar belit cerita sampai buka aib sendiri... “Saya simpan transaksi bukti bayar nafkah”

Kata Adam, dia sendiri tidak tahu keberadaan anaknya itu kerana nombor telefonnya telah disekat oleh keluarga bekas mentua.

"Saya sendiri tak tahu anak saya dekat mana sekarang. Sebab Fatin, mak mentua dan pihak sebelah sana sudah block, jadi saya tak boleh nak berhubung.

"Apa yang saya dapat tahu, ada orang sampaikan yang anak saya sekarang dihantar ke sekolah asrama," ujarnya.

Terdahulu, Adam hadir seorang diri ke mahkamah mengenakan baju berwarna biru gelap lengkap bersongkok sekitar 11 pagi manakala Fatin yang berjubah hitam hadir ditemani dua peguam dan suaminya, Aliff Awang.

Sementara itu, cubaan pihak media mendapatkan kenyataan Fatin berhubung kes berkenaan tidak berjaya apabila aktres tersebut enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

WhatsApp Image 2023-01-26 at 1.20.35 PM

Adam hanya mahu haknya sebagai bapa.

Terdahulu pelakon filem Juvana itu memberitahu dia terpaksa membawa kes berkenaan ke muka pengadilan bagi menuntut haknya sebagai seorang bapa ekoran dia tidak dapat bertemu dengan anaknya.

Menurut Adam, selepas bercerai dengan Fatin pada Mei 2017, dia lebih selesa mengambil langkah berdiam tanpa membuka sebarang kisah atau masalah yang pernah berlaku antara mereka.

Bagaimanapun tuduhan segelintir pihak terhadapnya membuatkan dia lebih berani bersuara dan mempertahankan haknya.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.

Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan sebelum itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain