suria

[V] Menantu Zainal Abidin pula jadi tumpuan… Mahu tuntut cerai, dakwa suami halang jumpa anak

BELUM reda isu beristeri dua bekas jurulatih bola sepak iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan, tiba-tiba muncul pula konflik rumah tangga membabitkan anak sulungnya, Mohd Zaiza dan menantu, Suzur Sofia.

Isteri kepada Mohd Zaiza, 37, iaitu Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, mendedahkan hubungan mereka berdepan masalah apabila dia mendakwa dihalang berjumpa dua orang anaknya.

“Hati saya sangat sedih kerana sebelum ini sudah biasa dengan anak-anak. Sekarang pergi kerja pun tak tahu khabar mereka.

sofia 2

Zaiza didakwa halang isteri berjumpa anak-anak.

“Bila bertanya khabar tentang anak-anak, saya hanya mahukan jawapan tentang hal tersebut. Janganlah jawab perkara yang tidak sepatutnya dan cuba mengelak.

“Saya penat sebab kerja. Janganlah dera mental saya. Tolonglah beri kerjasama. Saya hanya mahu berjumpa anak-anak,” luah Suzur Sofia kepada mStar merujuk kepada suaminya.

Sofia bagaimanapun enggan mendedahkan punca konflik antara mereka memandangkan kes ini akan dibicarakan di mahkamah selepas dia memfailkan perceraian pada 5 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berbohong bukan kebetulan, mereka ada pilihan” - Anak-anak sindir Zainal Abidin dan Fyna Jebat, tegaskan ibu tiada pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Berlaku perang mulut, tarik rambut... Fyna Jebat didakwa kena serang madunya di kedai mamak

Sofia yang juga pramugari memberitahu kemelut rumah tangga mereka telah berlarutan sejak sekian lama namun dia tetap bertahan demi anak-anak.

“Saya ini seorang mualaf, keluarga pula jauh di Miri, Sarawak. Jadi memang tiada siapa di sini. Selama ini saya bertahan dalam perkahwinan sebab anak-anak.

“Kalau awak (Zaiza) sayangkan keluarga ini, awak boleh berubah dalam tempoh tujuh tahun kita berkahwin. Tetapi awak masih sama. Hanya kita berdua sahaja yang tahu apa masalah sebenar dan saya akan bawa semuanya ke mahkamah,” jelasnya yang turut mendakwa mempunyai bukti untuk didedahkan kepada mahkamah.

Tolonglah beri kerjasama. Saya hanya mahu berjumpa anak-anak

SUZUR SOFIA

Meskipun terikat dengan jadual kerja yang padat, Sofia berkata sebelum ini dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan sentiasa memastikan keperluan mereka lengkap sebelum bekerja.

Disebabkan tidak dapat berjumpa dengan dua orang cahaya matanya itu, Sofia terpaksa meminta kerjasama pihak sekolah untuk menghantar gambar anaknya bagi melepaskan rindu.

sofia 1

Sofia berharap suami dapat beri kerjasama soal hak penjagaan anak.

“Saya terpaksa minta sekolah hantar gambar anak sebab terlalu rindu. Itupun anak yang pertama kerana dia kini sudah memulakan pra-sekolah. Anak kedua pula, saya akan minta ibu saya jadi orang tengah untuk video call. Ada masa dijawab namun selalunya diabaikan,” luahnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan doa orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.

mStar mengharapkan agar masalah rumah tangga pasangan ini dapat diselesaikan dengan baik untuk kebaikan bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain