suria

Artikel mStar bantu Ayu Puteh jejak semula pembantu rumah hilang, rupanya ada kaitan sindiket ‘jual’ pekerja asing

Ayu (kiri) lega akhirnya pembantu rumah yang melarikan diri telah ditangkap.

PENERBIT Datuk Ayu Puteh berjaya menjejaki pembantu rumahnya yang hilang sejak Ahad lalu selepas laporan berita mengenai perkara itu disiarkan menerusi portal mStar.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 47, seorang pengikut di Instagram berjaya mengesan dan menghubunginya bagi memaklumkan mengenai keberadaan wanita berkenaan.

Kata Ayu, dia tidak menolak kehilangan pembantu rumahnya itu dipercayai berkaitan dengan sindiket pemerdagangan manusia.

ayu puteh 1

Pembantu rumah yang lari berjaya ditangkap pada Selasa.

"Ada seorang pengikut di Instagram maklumkan wajah pembantu rumah yang mahu diambil bekerja sama seperti gambar saya kongsikan. Dia juga dapat tahu pembantu rumah saya lari menerusi kenyataan sebelum ini.

"Berdasarkan maklumat tersebut saya terus membuat laporan polis pada Isnin lalu dan hasil siasatan serta serbuan pihak berkuasa, dalang di sebalik sindiket menjual pembantu rumah ini telah ditahan," katanya kepada mStar.

Kata Ayu, serbuan dan tangkapan dibuat pada pagi Selasa lalu di sebuah kediaman di Klang, Selangor selepas siasatan dilakukan oleh pasukan Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia sempat buat saya kopi” - Bibik lesap masa tengah solat, Ayu Puteh rugi RM12,000 akibat terlalu percaya pembantu rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa lari barang kemas RM300,000, kakak Aliff Syukri minta kesan pembantu rumah... “Bagi layanan baik, gaji pun sedap”

Hasil serbuan itu mendapati ejen yang terlibat merupakan warganegara Malaysia dan turut bekerjasama dengan seorang warga Indonesia.

Menurut Ayu pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Murni itu dipercayai sudah lama berhubung dengan ejen tersebut kerana sering dilihat menggunakan telefon bimbit.

"Mereka ini adalah sindiket jual maid yang lari dari majikan asal. Bukan ejen tersebut sahaja yang dapat untung malah pekerja asing itu juga mendapat faedah dari cara sebegini.

Dia tak tahu kuasa viral, lagi-lagi saya selebriti pasti cepat benda begini tersebar

DATUK AYU PUTEH

PENERBIT

"Selama ini saya ingatkan dia asyik telefon sebab berhubung dengan keluarga, rupa-rupanya dia cari ejen sebegini dan rancang hendak lari.

"Dia tak tahu kuasa viral, lagi-lagi saya selebriti pasti cepat benda begini tersebar," ujarnya.

Berang dengan kejadian yang berlaku, Ayu berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap isu ini agar ia tidak terus berleluasa.

ayu puteh 3

Rakaman CCTV rumah Ayu menunjukkan Murni cuba melarikan diri dengan berpura-pura membuang sampah.

Jika dibiarkan perkara berlarutan, pihak majikan terpaksa menangung kos kerugian tinggi bagi menyiapkan permit kerja pembantu rumah baharu selain membayar penalti akibat kejadian tersebut.

"Biasanya pembantu rumah ini lari dengan ada pasport mereka. Jadi mudah untuk mohon permit bekerja. Kalau isu ini berlarutan saya takut ramai lagi jadi mangsa.

"Sebagai majikan pula saya telah menanggung kerugian besar sebab sejak awal permohonan permit memerlukan kos tinggi selain telah membayar gajinya untuk beberapa bulan," jelas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain