suria

Gosip curang fitnah, Hafidz Roshdi muat naik foto berpeluk dengan isteri

Hafidz Roshdi muat naik foto bersama isteri untuk sangkal dakwaan berlaku curang.

SEJAK Ahad nama aktor Hafidz Roshdi menjadi sebutan ramai apabila ada mengatikannya sebagai artis lelaki yang bersikap curang terhadap isterinya.

Enggan terus berdiam diri, Hafidz, 29, memuat naik gambar bersama isteri di Instagram Story miliknya sebagai menyangkal dakwaan tentang isu melanda dirinya ketika ini.

Menerusi foto yang dimuat naik tersebut, Hafidz dilihat sedang memeluk isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dipercayai ketika mereka berada di sebuah pusat beli-belah.

66281762_2897553037135525_3511537944878087720_n

Hafidz Roshdi sangkal dakwaan berlaku curang dengan isteri?

Tampil berpakaian rona sedondon iaitu kelabu, pasangan itu tersenyum seolah-olah tiada apa sedang berlaku dalam rumah tangga mereka malah Hafidz meletakkan waktu dipercayai gambar itu dirakam iaitu pada pukul 4.42 petang.

Malah Hafidz turut menyertakan lagu bertajuk Fitnah nyanyian Ical Mosh seolah-olah menegaskan tentang khabar angin yang melibatkan dia dan isteri.

Terdahulu nama Hafidz menjadi sebutan ekoran laporan media yang mendakwa seorang aktor lelaki berwatak 'alim' berlaku curang dengan menghantar mesej lucah kepada wanita lain dan kelakuan itu dihidu oleh isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi kena serang netizen, dituduh artis lelaki berwatak ‘alim’ curangi isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Nama makin sepi, Hafidz Roshdi selesa jadi pelakon pembantu... Tak kejar watak hero drama

Menurut sumber, pelakon berkenaan turut memadam gambar isterinya di Instagram dan hanya membiarkan foto bersama dua anak mereka sahaja di laman sosial berkenaan.

Tidak cukup itu, timbul dakwaan isteri kepada aktor terbabit dikatakan terpaksa berdiam diri dengan sikap curang suami kerana sedar dirinya tidak bekerja dan hanya bergantung harap kepada suami.

Sementara itu, netizen tanpa usul periksa menyerang dan menyelar Hafidz gara-gara tidak berpuas hati dengan isu curang dalam kalangan selebriti sejak kebelakangan ini.

309881286_834442014410700_4920561499921922887_n

Hafidz Roshdi bersama dua orang anaknya.

Mereka telah meninggalkan beberapa komen amaran sekali gus meminta pelakon itu memikirkan perasaan isteri dan dua anak mereka.

Malah usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Hafidz berhubung isu berkenaan bagaimanapun tidak berjaya apabila pelakon itu mematikan telefon bimbitnya.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain