suria

Hafidz Roshdi kena serang netizen, dituduh artis lelaki berwatak ‘alim’ curangi isteri 

Nama Hafidz menjadi sebutan netizen.

TIADA angin, tiada ribut, pelakon Hafidz Roshdi menjadi hangat pada Ahad apabila namanya dipetik netizen mengaitkan dia sebagai artis lelaki yang curang terhadap isterinya.

Ia ekoran laporan media yang mengatakan perbuatan seorang aktor lelaki berwatak 'alim' yang menghantar mesej lucah dengan wanita lain dan kelakuan itu dihidu oleh isterinya.

Menurut sumber, pelakon berkenaan turut memadam gambar isterinya di Instagram dan hanya membiarkan foto bersama dua anak mereka sahaja di laman sosial berkenaan.

Tidak cukup itu, timbul dakwaan isteri kepada aktor terbabit dikatakan terpaksa berdiam diri dengan sikap curang suami kerana sedar dirinya tidak bekerja dan hanya bergantung harap kepada suami.

WhatsApp Image 2023-01-29 at 4.24.17 PM

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

Ekoran beberapa klu yang diberikan tentang aktor tersebut, netizen menebak Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, adalah individu dimaksudkan dan bertindak menyerang Instagramnya.

Rata-rata peminat tidak berpuas hati dan menyelar Hafidz apatah lagi isu kecurangan dalam kalangan selebriti sejak kebelakangan ini menjadi buah mulut ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama makin sepi, Hafidz Roshdi selesa jadi pelakon pembantu... Tak kejar watak hero drama

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi dapat 'baby boy', kongsi tarikh lahir sama dengan anak sulung - "Alhamdulillah kini sepasang lelaki dan perempuan"

Ada juga meninggalkan komen amaran kepada Hafidz agar pelakon itu tidak bersikap curang selain meminta agar memikirkan perasaan isteri dan dua anak mereka.

"Curang itu pilihan bukannya takdir. Ingatlah jadi isteri tu. Fikirkan keluarga. Jangan hancurkan keluarga demi nafsu.

"Gambar dengan iteri tak ada langsung dah ya. Gambar dengan artis perempuan berlambak.

hafidz2 - 1

Hafidz menjadi perhatian ramai.

"Ingatkan betul setia. Rupanya halah halah sama juga samdol," tulis netizen.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Hafidz berhubung is berkenaan bagaimanapun tidak berjaya apabila pelakon itu mematikan telefon bimbitnya.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain