ISTERI kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera meluahkan rasa berang apabila pembantu rumah melarikan diri dan meninggalkan anak-anak di rumah mereka sekitar pukul 2.30 petang, Rabu. Menurut Syaheera atau Nur Syahirah A. Rahman, pembantu rumahnya itu bertindak sedemikian dipercayai berpunca tegurannya mengenai kerja di dapur. "Isunya pagi tadi saya tegur fasal basuh pinggan. Memang jenis yang tak boleh ditegur. Sanggup tinggalkan anak. Memang melampau! Rakaman menunjukkan wanita tersebut lari ikut pintu belakang rumah. "Muka dia baik, kalau bercakap penuh drama air mata. Dia buat kerja tu (melarikan diri) ketika saya keluar uruskan kerja lain," katanya. Syaheera berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Berani hantar gambar tak senonoh! Isteri Fad Bocey ‘sound’ wanita cuba ganggu rumah tangga... “Geng taste laki orang ke?” ARTIKEL BERKAITAN: “Dia sempat buat saya kopi” - Bibik lesap masa tengah solat, Ayu Puteh rugi RM12,000 akibat terlalu percaya pembantu rumah Dia juga memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan pembantu wanita tersebut melarikan diri melalui pintu belakang rumah mereka. Wanita berkenaan sempat menukar pakaian sebelum nekad untuk melarikan diri. Muka dia baik, kalau bercakap penuh drama air mata. Dia buat kerja tu (melarikan diri) ketika saya keluar uruskan kerja lain SYAHEERA ISTERI FAD BOCEY Dalam pada itu, Syaheera berkata pihak polis sedang melakukan rondaan bagi mengesan wanita berkenaan. Dia juga memohon jasa baik orang ramai menghubunginya jika terlihat wanita berkenaan yang dipercayai masih berada di sekitar Setia Alam, Shah Alam. Syaheera akan menyerahkan wanita tersebut kepada pihak polis selepas ditemui. "Kalau ada yang ternampak, tolong pegang kejap dan maklumkan kepada saya. Pihak polis juga sedang melakukan rondaan. "Kalau saya jumpa memang akan serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Tindakannya biadab," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!