TENANG menerima takdir diceraikan talak satu, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri bersyukur apabila kemelut rumah tangga mereka menemui jalan penyelesaian meskipun berakhir dengan perpisahan. Berkongsi situasi terkini Shuhada, adik perempuannya yang mahu dikenali sebagai Sofia, 25, berkata kakaknya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan dilihat kuat untuk berdepan ujian tersebut. "Shuhada dalam keadaan stabil dan dia terima perpisahan itu dengan hati terbuka. Dia tidak sedih atau menangis. Bagi pihaknya, dia menerima takdir Ilahi dan bersyukur terhadap apa yang terjadi sehingga membawa kepada perpisahan. Hafidz bersama dua orang anaknya. "Sekarang dia sudah boleh move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okey sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Terdahulu, Sofia mengesahkan Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada pada Rabu melalui panggilan telefon. Keputusan untuk berpisah itu dicapai atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak selepas kemelut rumah tangga mereka berlarutan dan dikaitkan penglibatan orang ketiga. ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar sahkan Hafidz Roshdi lafaz cerai talak satu melalui panggilan telefon ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi kongsi foto pegang tangan disindir netizen... gambar isteri atau orang lain? "Perkara ini (cerai) melibatkan isu kepercayaan dalam hubungan. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik. "Saya melihat sendiri pengorbanan kakak berhadapan dengan isu rumah tangga mereka... bagi pihak kakak, saya juga bersyukur isu ini selesai dan semoga kebahagiaan lebih baik untuk Shuhada dan anak-anak. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik SOFIA "Anak-anak juga masih kecil, namun mereka terpaksa menerima takdir ini. Semoga mereka menjadi lebih kuat atas segala penderitaan yang dilalui selama ini," ujarnya. Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada mula menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu dikatakan curang dan mempunyai hubungan dengan wanita lain. Menerusi temubual bersama mStar pada 2 Februari lalu, Hafidz menafikan semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan memberitahu dia enggan terlalu berkongsi kisah isterinya di laman sosial. Athira (kanan) didakwa menjadikan orang ketiga dalam hubungan Hafidz dan Shuhada. Ketika isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya. Selepas teruk dikecam, Athira menerusi satu perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf kepada Shuhada serta anak-anak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!