KEMELUT rumah tangga Hafidz Roshdi yang kecoh sejak dua minggu lalu akhirnya menemui titik noktah apabila pelakon itu bertindak menceraikan isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pada Rabu lalu. Berita mengejutkan itu membuatkan Hafidz, 29, diserang netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu menceraikan Nurul Shuhada dan tidak cuba menyelamatkan perkahwinan mereka. Rata-rata menganggap Hafidz telah menganiaya isteri dan anak-anak merka yang masih kecil. Hafidz dan isteri dilaporkan bercerai talak satu. Mana tidaknya, sebelum ini pelakon itu seakan-akan memberi bayangan sudah berbaik dengan Nurul Shuhada menerusi beberapa hantaran di Instagram miliknya. Malah ramai mahu memboikot Hafidz dengan tidak lagi menyokong apa-apa produk lakonannya di televisyen. "Boikot lelaki macam ini, biar dia tak ada kerja. Tergamak dia ceraikan isteri dengan anak-anak masih kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada tidak sedih, tak menangis malah tenang terima talak satu dari Hafidz Roshdi ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar sahkan Hafidz Roshdi lafaz cerai talak satu melalui panggilan telefon "Lelaki paling tak guna! Dia lupa agaknya isteri dia ada saat susah dan senang dia. "Hipokrit dia ini, konon tak curang sekali ceraikan isteri dia. Senang betul dia lepaskan tanggungjawab," antara komen netizen. Sebelum ini, Hafidz dilaporkan menceraikan Nurul Shuhada dengan talak satu menerusi panggilan telefon dihadapan keluarga masing-masing. Antara komen ditinggalkan netizen di Instagram Hafidz. Menurut adik kepada Nurul Shuhada iaitu Sofia memberitahu keputusan tersebut diambil atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Nurul Shuhada juga dilaporkan akan memfailkan cerai di Mahkamay Syariah Kuala Lumpur pada 1 Mac ini. Pada 2 Februari lalu, menerusi temu bual bersama mStar, Hafidz menafikan semua dakwaan dilemparkan terhadapnya berhubung isu berlaku curang sebaliknya menjelaskan dia enggan berkongsi kisah isterinya di laman sosial. Athira (kanan) wanita didakwa menjadi orang ketiga rumah tangga Hafidz dan isteri. Ketika isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada yang didakwa sebagai orang ketika dalam rumah tangga mereka. Athira bagaimanpun tampil memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan mendedahkan Hafidz sudah sembilan tahun cuba mengejarnya selain berjanji tidak akan berhubung dengan lelaki itu lagi. Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!