suria

Rumah tangga didakwa kembali bergelora, apa jadi hubungan Engku Emran dan Noor Nabila?

Hubungan Nabila dan Emran didakwa sudah retak.

RUMAH tangga kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin kembali menjadi perhatian apabila hubungan mereka dikatakan bergolak.

Terbaharu, terdapat dakwaan kononnya mereka sudah tidak tinggal sebumbung.

Lebih menguatkan spekulasi, kelibat Emran turut tidak kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menghantar Nabila dan anak lelakinya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah pada Khamis lalu.

nabila1 - 1

Foto sambut Aidiladha berdua tahun lalu menjadi bualan netizen.

Ramai turut bertanya keberadaan Emran sehingga timbul spekulasi hubungan mereka kembali bermasalah.

Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu menjadi tanda tanya apabila pada Julai tahun lalu Nabila memadam semua gambar bersama suami termasuk foto perkahwinan mereka di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: "Masing-masing dah matang, tahu apa pasangan inginkan" - Noor Nabila, Engku Emran berkenalan Ogos tahun lalu, kongsi minat berbasikal

ARTIKEL BERKAITAN: Masih bahagia! Noor Nabila 'archive' gambar suami sebab geram, jawab gosip rumah tangga sedang retak

Malah, Nabila hanya memuat naik foto berdua bersama Jebat ketika sambutan Hari Raya Aidiadha pada tahun lalu tanpa suami di sisi.

Foto tersebut telah menerima pelbagai komen daripada pengikutnya yang bertanya mengenai keberadaan Emran.

Lebih menguatkan spekulasi, Nabila menerusi Instagram stories memuat naik petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai selain usaha dalam sesebuah hubungan, namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.

Bagaimanapun, Nabila pernah memberikan kenyataan tindakannya memadam foto berdua di Instagram hanya berpunca salah faham yang berlaku antara mereka sebelum ini.

Untuk rekod, Nabila dan Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.

Emran sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan mempunyai seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya, 14 namun pasangan itu bercerai pada 18 Februari 2014.

nabila2 - 1

Nabila mendirikan rumah tangga bersama Emran dua tahun lalu.

Usahawan itu kemudiannya bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun bercerai tiga tahun kemudian.

Sementara itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain