suria

Bekas tunang Zarina Anjoulie mohon maaf, mengaku diri tak sempurna

Khazrul mohon maaf secara terbuka kepada Zarina Anjoulie.

BEKAS tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Ezley akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga aktres berkenaan pada Jumaat.

Khazrul turut berterima kasih kepada keluarga Zarina kerana menerima baik kunjungan keluarganya ke rumah pelakon itu di Negeri Sembilan bagi menyelesaikan persengketaan di antara mereka yang kecoh di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

"Terima kasih kepada keluarga semua, dengan rendah diri saya mohon maaf pada keluarga Anju (Zarina) terkilaf kata, jika tersinggung perasaan serta perbuatan.

Kenyataan pemohonaan maaf dari Khazrul.

"Saya mohon maaf. Terima kasih menerima kunjungan keluarga saya dengan baik. Jaga diri Anju," katanya.

Khazrul berkongsi permohonan maaf itu menerusi akaun TikTok miliknya yang turut memaparkan dia kini sedang berada dalam pesawat.

Usahawan itu difahamkan sedang dalam perjalanan ke Abu Dhabi atas urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga bekas tunang datang jernihkan keadaan, Zarina Anjoulie pilih jaga silaturahim - “Ini keluarga yang saya akan sayang sampai bila-bila”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah miskin sangat ke tu?” - Bekas tunang minta Zarina Anjoulie robohkan pagar rumah atau jual cincin kahwin

Dalam pada itu, Khazrul berharap persengketaan di antara dia dan aktres berusia 36 tahun itu selesai apatah lagi ia pertemuan itu diadakan pada hari Jumaat yang penuh barakah.

Khazrul mengakui dia seorang manusia yang tidak sempurna dan mendoakan agar Zarina berjaya dalam kehidupannya selepas ini.

"Saya harap masalah antara kami telah pun selesai pada hari Jumaat yang barakah ini.

Anju, semoga berjaya dan jangan lupa saya hutang awak.

KHAZRUL EZLEY

USAHAWAN

"Kepada Anju saya mohon maaf, terkhilaf saya manusia yang tidak sempurna. Anju, semoga berjaya dan jangan lupa saya hutang awak Starbuck," katanya lagi.

Sebelum ini, Zarina memberitahu keluarga Khazrul datang ke rumahnya bagi menyelesaikan kemelut di antara mereka.

Kata Zarina dia sentiasa menghormati keluarga bekas tunangnya sekali gus berterima kasih atas kunjungan mereka untuk menjernihkan keadaan yang sedang genting.

Malah dia akan menjaga hubungan silaturrahim dengan keluarga bekas tunangnya itu.

321549650_873399910474996_259663776169776242_n

Keluarga Khazrul bertemu Zarina untuk selesaikan persengketaan.

Zarina juga berkongsi gambar yang memaparkan dia bersama keluarga bekas tunangnya itu.

Pada 26 Januari lalu, Zarina mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul namun tidak lama selepas itu, mereka tiba-tiba mengakhiri hubungan tersebut.

Khazrul menerusi TikTok memberitahu dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina dan tidak menjelaskan punca sebenar hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Sejak itu, Khazrul dan Zarina dilihat saling berbalas kenyatan di media sosial masing-masing berhubung isu melanda mereka termasuk pertikaian tentang hadiah pagar bernilai RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain