suria

Tujuan umrah dipersoal, Roslan Shah anggap Azwan Ali hina Islam

Roslan luah rasa kecewa dengan penghinaan yang diterima.

PENGACARA dan penyanyi Roslan Shah menyifatkan tindakan Azwan Ali mempersoalkan tujuannya menunaikan umrah di Makkah baru-baru ini sebagai penghinaan kepada agama Islam.

Roslan atau Roslan Udin, 51, berkata, kata-kata dikeluarkan pengacara kontroversi itu bukan membuatkan berasa marah tetapi sedih apabila Islam dihina.

"Terima kasih Azwan atas penghinaan ini. Sebenarnya awak bukan hina dan caci saya, tetapi awak hina agama saya, Islam.

roslan1 - 1

Roslan kecewa dengan tindakan Azwan.

"Menghina tempat letaknya rumah Allah, Tanah Suci Makkah dan Madinah, Subhanallah! Saya sangat sedih untuk penghinaan ini kepada agama saya," katanya.

Roslan memberi respons itu selepas Azwan memuat naik ciapan di Twitter yang mempersoalkan tujuannya ke Makkah sama ada untuk melakukan umrah atau pun melakukan maksiat.

Dalam ciapan itu Azwan mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap Roslan termasuk menyuruhnya jual rojak berserta emoji ketawa

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan pecah masuk kediaman, Roslan Shah syak perbuatan orang terdekat... "Sebelum ini tabur garam depan rumah"

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah ditahan imigresen di Jeddah, kongsi detik cemas 30 minit disoal siasat gara-gara berbual dengan staf kaunter

Dalam pada itu, Roslan berkata, dia tidak terkesan dengan tindakan Azwan sebaliknya ia boleh memberi tanggapan buruk masyarakat terhadap Tanah Suci.

Jelasnya, kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan apabila menganggap umat Islam boleh melakukan maksiat ketika berada di Makkah.

"Tak kisahlah menghina saya tahap bawah kaki sekali pun, tetapi perkataan umrah di hadapan itu memberi persepsi buruk terhadap Tanah Suci.

"Seolah-olah boleh buat maksiat ketika beribadah. Tidakkah orang asing membacanya boleh menimbulkan salah faham," katanya.

roslan2 - 1

Roslan turut mendoakan agar Azwan dibukakan pintu hati untuk bertaubat.

Sementara itu, Roslan turut mendoakan agar Azwan dibukakan pintu hati untuk bertaubat.

"Semoga Allah memberikan kau ruang untuk bertaubat sebesar-besarnya atas penghinaan ini. Lagi pun saya tidak pernah nak tahu tentang hal orang lain.

"Saya ke sana untuk perbaiki diri dan doakan arwah ibu ayah serta keluarga, sahabat dan peminat saya. Insya Allah doa itu dimakbulkan," katanya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain