suria

Hafidz Roshdi tegur Shuhada pakai pendakap gigi, netizen syak depresi selepas lafaz cerai

Netizen meluahkan rasa marah terhadap Hafidz di media sosial.

PELAKON Hafidz Roshdi terus menjadi sasaran kecaman netizen selepas dia melafazkan cerai melalui telefon terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri pada Rabu lalu.

Tindakan Hafidz, 29, meninggalkan komen di ruangan media sosial Shuhada juga dilihat seolah-olah tiada apa-apa berlaku selepas kemelut melanda rumah tangga mereka ketika ini.

Biarpun begitu, ramai dalam kalangan netizen beranggapan pelakon itu sebagai seorang yang pelik kerana masih mampu memberi komen dalam nada bergurau.

hafidz 111

Laman sosial Hafidz juga dihujani dengan pelbagai kecaman.

Komen menegur Shuhada yang kini memakai pendakap gigi mendapat perhatian netizen yang pelik kerana seolah-olah Hafidz tidak tahu perkembangan isterinya.

Ia juga seperti membuktikan pelakon itu sudah lama tidak bertemu Shuhada sehingga dia tidak menyedari perubahan pada wanita tersebut.

“Pakai braces (pendakap gigi) dah. Tahniah,” komen Hafidz pada satu gambar yang dimuat naik oleh Shuhada.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hadiahkan’ Shuhada talak satu, Hafidz Roshdi jadi sasaran diserang netizen berjemaah

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar sahkan Hafidz Roshdi lafaz cerai talak satu melalui panggilan telefon

Bagaikan memberi bola tanggung, komen tersebut terus mendapat lebih daripada 200 maklum balas pengikut sosial media yang kebanyakan menghentam Hafidz.

Malah ada yang mencadangkan dia untuk mendapatkan rawatan sokongan kerana berkemungkinan berdepan dengan masalah kesihatan mental selepas bercerai.

“Mental health problem ke bro?

Jangan psiko jiwa orang. Beri dia ketenangan

NETIZEN

“Gaya dia ni mula sakit depresi anxiety kalau begini. Mental dia tak berapa nak okey. Perlukan sokongan untuk pulihkan mental semula.

“Bro, lepas cara baik, pergi cara baik. Jangan psiko jiwa orang. Beri dia ketenangan,” itu antara komen netizen.

Ada juga komen keterlaluan sehingga menghina Hafidz kerana sebelum ini dia pernah dilaporkan curang terhadap Shuhada.

Bagaimanapun menerusi satu perkongsian dia Instastory milik aktor itu, pelakon Melastik Ke Hatimu ini sempat berkongsi perihal kerja mencari dana bagi memulakan tabung misi bantuan kemanusiaan.

IMG_2647

Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada juga melibatkan orang ketiga.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada turut melibatkan orang ketiga iaitu wanita bernama Athira Yuhada yang tiba-tiba muncul mengaku pernah berhubung dengan lelaki itu.

Pasangan itu dijangka bakal muncul di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi proses pengesahan lafaz cerai dibuat pelakon itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain