BALU kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Norhidayah meluahkan rasa bengang apabila ada pihak yang cuba mengganggu perniagaan atas talian yang diusahakannya. Hidayah, 31, mendakwa pihak terbabit mahu mengambil alih akaun media sosial miliknya yang selama ini dijadikan sebagai medium untuk dia mencari makan. “Saya tengah marah sebab ada yang cuba godam akaun TikTok dan Facebook. Perkara ini sudah lama berlaku tetapi selama ini saya hanya berdiam. Sebelum ini dia cuba nak ambil akaun saya dan akaun arwah suami. Hidayah menjalankan perniagaan atas talian bagi menampung hidup keluarga. “Saya marah sebab dia kacau perniagaan saya. Kenapa nak ambil? Nak jual untuk dapatkan duit?” katanya. Hidayah meluahkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian yang juga dimuat naik di laman sosial miliknya. Tambahnya lagi dia tahu identiti pihak terbabit serta maklumat terperinci tentang kegiatan mahu menggodam akuan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Genap 3 tahun Abam pergi, balu ‘pulang’ rumah tapi salam tidak bersahut - “Sejam dekat sini tapi tak bagi masuk” ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh bangkit isu bil utiliti rumah Abam, dakwa Hidayah tak ambil peduli - “Kalau tak berjaga dah tutup sawang satu rumah” “Jangan ingat saya tak tahu siapa yang buat. Saya tahu dia di mana, pukul berapa dan namanya. Benda ini dah lama terjadi... bawa-bawalah bertaubat. “Kalau tiada duit berniagalah, cari duit yang halal. Jangan cuba ambil sosial media orang. Saya tidak pernah kacau orang. Saya buat bisnes untuk besarkan anak,” jelasnya. Dalam pada itu menjengah ke ruangan komen, wanita itu menyindir individu tertentu yang mungkin bertanggungjawab terhadap perbuatan tersebut malah dia bagaikan hilang sabar (atas apa yang berlaku) sejak suaminya meninggal dunia pada 10 Februari 2020. Saya tidak pernah kacau orang. Saya buat bisnes untuk besarkan anak NORHIDAYAH MOHD ALI “Sabar kita pun ada hadnya. Saya sudah lama bersabar sejak suami meninggal dunia. Kata orang tua dulu-dulu, siapa makan cili dia terasa pedasnya. “Dulu memang berdiam. Sabar orang pijak, dimaki, dicaci tetapi tetap bersabar. Alhamdulillah bangkit semula demi anak,” balasnya pada ruangan komen. Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia tiga tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!