suria

Tom dan Fuad Rahman sah bergelar suami isteri... ada sebab pilih nikah di Batam, Indonesia

Tom dan Fuad pilih nikah di Batam, Indonesia untuk mudahkan urusan.

PASANGAN penyanyi Tom dan Fuad Rahman sah bergelar suami isteri selepas melangsungkan pernikahan di Batam, Indonesia pada Ahad.

Pengurus kepada Tom iaitu Alan memaklumkan mereka memilih disatukan di Batam bagi memudahkan urusan pernikahan.

“Memang rancang nak nikah awal... kalau buat di Kuala Lumpur banyak urusan perlu diselesaikan seperti kursus kahwin dan sebagainya.

243083196_408986680809111_5271654119606560278_n

Tom dan Fuad Rahman kini bergelar suami isteri.

“Dalam masa sama ia juga melibatkan bekas isteri Fuad. Jadi untuk mudah, mereka bernikah di Batam.

“Tom dan Fuad akan daftar perkahwinan mereka sejurus pulang ke Kuala Lumpur nanti,” katanya kepada mStar.

Terdahulu Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram turut berkongsi gambar dia memakai inai di jari dan memegang sebentuk cincin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluarga suruh kahwin” - Tom dan Fuad Rahman mahu elak fitnah, dijangka nikah sebelum Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiga kali gagal dalam perkahwinan, Tom tak terfikir cari pengganti... bimbang anak terabai jika kembali bercinta

Tom turut memaklumkan akan mengadakan majlis kenduri selepas sambutan Aidilfitri.

“Berdebar ni. Nikah hanya ada keluarga dulu. Nanti lepas raya, sanding saya jemput.

“Semoga urusan kami dipermudahkan hari ini,” katanya.

318033084_148236677987203_8858560703458532842_n

Cinta Tom dan Fuad Rahman berputik kembali di Gegar Vaganza 9.

Tom dan Fuad sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Hubungan mereka kembali bertaut selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganz musim ke sembilan (GV9).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain