suria

Sophia Albarakbah dan Bella Astilla tak bertegur ketika bertembung tapi tunjuk profesional

Sophia (paling kiri) dan Bella (enam dari kanan) menghadiri sidang media Anugerah Drama Sangat 2023 pada Ahad.

KELIBAT pelakon Sophia Albarakbah dan Bella Astillah yang muncul pada sidang media Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 di IOI City Mall, Putrajaya pada Ahad mencuri perhatian ramai.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua selebriti itu bertembung selepas kontroversi Sophia membuat pengakuan menyukai suami Bella iaitu pelakon Aliff Aziz baru-baru ini.

Malah kedua-dua mereka bersikap profesional sepanjang majlis berlangsung malah sama-sama naik ke pentas ketika sesi bergambar selepas pelancaran selesai.

Bagaimanapun Sophia dan Bella tidak bertegur antara satu sama lain selain dilihat menjauhkan diri bagi mengelakkan rasa canggung di antara mereka.

1939359

Isu melibatkan Aliff dan Sophia membuatkan Bella tampil bersuara.

Sophia, 30, ketika ditemui media enggan mengulas isu melibatkan dirinya sebelum ini kerana ingin memberi fokus kepada penggambaran drama Aku Akad Kau Dengan Bismillah yang masih berbaki dua minggu.

Menurutnya, dia tidak mahu menggangu konsentrasi di lokasi namun memberitahu semua pihak bekerja secara profesional bagi memastikan kelancaran penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah ‘ghaib’ di sidang media ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’, produksi beri alasan sibuk penggambaran sebelum ke Jakarta

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong biarkan isu ini berlalu” - Bella Astillah dedah mesej dipercayai Sophia Albarakbah, merayu jangan libatkan satu Malaysia

"Baki tempoh penggambaran ada lagi satu atau dua minggu. Sekarang memang fokus di lokasi.

"Semua orang bekerja scara profesional. Semua hanya fokus kepada kerja. Tiada siapa bercakap fasal perkara lain," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sophia melahirkan rasa terkejut apabila drama arahan Osman Ali itu mendapat sambutan hangat penonton meskipun ia dibayangi dengan kontroversi melibatkan dirinya dan Aliff.

Semua orang bekerja scara profesional. Semua hanya fokus kepada kerja. Tiada siapa bercakap fasal perkara lain.

SOPHIA ALBARAKBAH

PELAKON

Sambutan luar biasa itu kata Sophia membuatkan semua penat lelah berbaloi apatah lagi lakonannya mendapat pujian penonton.

"Mulanya tak jangka apa orang akan fikir tentang drama itu, tapi rupa-rupanya orang suka. Saya gembira sebab dapat sambutan baik daripada penonton.

"Kami telah lalui banyak perkara sepanjang penggambaran. Kami semua bekerja keras sampai sehari tidur dirasakan tidak cukup.

"Saya bangga apabila drama ini disukai ramai," ujarnya.

1924104

Aliff dan Sophia bergandingan menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila Sophia didakwa cuba menggangu keharmonian rumah tangga Aliff dan Bella apabila wujud cinta lokasi di antara mereka.

Isu itu sendiri didedahkan oleh isteri Aliff yang berkongsi perbualan dengan Sophia yang mengakui menyukai Aliff selain permohonan maaf yang dibuat aktres tersebut.

Aliff turut mengakui kesilapannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Sementara itu, pihak pengurusan Sophia memberitahu mereka akan menjelaskan lebih terperinci tentang isu berkenaan selepas penggambaran selesai bagi membolehkan aktres itu fokus terhadap penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain