suria

[V] Syamsul mohon untuk mencelah kes mahkamah, Puteri Sarah tak takut... Lawan tetap lawan

Puteri Sarah tak akan menyerah kalah tuntut keadilan untuk dirinya.

PELAKON Puteri Sarah Liyana tidak terkejut dengan tindakan suaminya iaitu Syamsul Yusof memfailkan permohonan untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi yang difailkan olehnya terhadap Faghira Fatini atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar.

Meskipun baru mengetahui mengenai perkara itu, Sarah, 37, berkata dia tetap meneruskan proses perundangan bagi menuntut haknya sebagai isteri.

“Saya baru dapat tahu melalui peguam mengenai permohonan mencelah itu dua hari lepas semasa saya jalani penggambaran di Cameron Highland.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah masih lagi jadi perhatian ramai.

"Saya memang tak tahu... saya pun tak jangka benda ini. Tapi saya cuma nak cakap lawan tetap lawan," katanya kepada mStar.

Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui di pertunjukan fesyen Cosry di ibu kota yang berlangsung pada Sabtu.

Tidak gentar berdepan perkara itu, Sarah memberitahu ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail menyatakan sokongan untuk terus berada di pihaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah dapat Syamsul duduk diam-diam!” - Ini jawapan ‘maut’ Puteri Sarah selepas dituduh guna wang Yusof Haslam untuk bayar peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah rasa lucu blog dakwa bakal bersemuka Ira Kazar... “Tak mungkin terjadi”

Malah, mereka juga akan menemaninya ke mahkamah pada 7 Mac depan bagi memberikan sokongan.

"Saya tak berasa takut dan saya pun dah berkongsi kepada ibu bapa mentua saya. Mereka suruh lawan dan InsyaAllah mereka pun akan hadir di mahkamah untuk beri sokongan kepada Sarah. Alhamdulillah.

"Ibu bapa mentua saya kata negara ada undang-undang, kita akan lawan. Ini cuma perkara kecil, saya tak perlu risau.

"Saya tak rasa apa-apa sebab saya dah jangka dari awal. Macam ibu mentua saya kata dia (Syamsul) telah berkiblatkan sebelah sana (Ira). Jadi kami semua tidak terkejut perkara ini akan terjadi," katanya lagi.

Memang dia ada ajak berbincang tapi saya tekankan apa-apa beritahu peguam saya.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Diminta mengulas mengenai dakwaan Ira Kazar sudah berbadan dua, Sarah memberitahu dia enggan ambil pusing mengenai perkara itu kerana mahukan kehidupan tenang bersama anak-anak.

"Saya tak kisah kalau dia nak berbadan dua atau apa pun. Perkara ini saya dapat tahu sebelum pergi umrah, bila dah pergi umrah nak tenang-tenang. Bila balik pun saya nak tenang-tenang sahaja.

"Saya cuma harap 7 Mac ini dipermudahkan dan berakhir dengan baik. Saya memang tak ambil tahu apa-apa. Dia tak ada pujuk dah, memang dia ada ajak berbincang tapi saya tekankan apa-apa beritahu peguam saya. Saya dah tak nak dah duduk berbincang," ujarnya.

Dalam pada itu, Sarah berkata kemelut yang melanda rumah tangganya ini sama sekali tidak menjejaskan hubungannya dengan keluarga mentua.

Puteri Sarah syukur ibu bapa mentua sentiasa menyokong.

Bahkan ketika ini dia juga sedang menginap sementara waktu di rumah mentuanya itu.

"Sekarang ini saya dengan anak-anak tinggal di rumah ibu bapa mentua saya, dah seminggu saya dekat sana... saya bawa anak-anak jumpa datuk dan nenek. Datuk pun minta duduk di rumah sahaja.

"Apa pun yang terjadi takkan mengubah hubungan saya dengan ibu bapa mentua saya. Saya dah anggap mereka macam ibu bapa kandung saya," ujarnya.

Sementara itu, Sarah berkata konflik rumah tangga ini sama sekali tidak mengganggu hubungan anak-anak dengan bapa mereka.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah bakal berakhir pada 7 Mac nanti?

Malah, sepanjang menunaikan ibadah umrah awal bulan ini, Syamsul sering menghubungi anak-anak seperti biasa.

Sebelum ini, Sarah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur, pada 16 Januari lalu dan mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dia telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain