suria

Zara Zya tak sangka ramai bertanya tentang foto tunang... tunggu masa sesuai cerita hal sebenar

Zara Zya masih kunci mulut mengenai pertunangannya.

RAMAI peminat terus berteka-teki dan berharap pelakon Zara Zya membuat perjelasan berhubung perkongsian foto memberi gambaran dia kini sudah bergelar tunangan orang.

Mengulas mengenai perkara itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, berkata dia akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa sesuai.

“InsyaAllah sampai waktu saya akan beritahu perkara sebenar.

Beberapa gambar sekitar majlis pertunangan.

“Tak sangka ramai yang bertanya-tanya. Doakan yang terbaik,” katanya kepada mStar.

Zara menjawab mengenai hal itu bagi menjernihkan segala kekeliruan dalam kalangan peminat tentang status sebenar dirinya.

Sebelum ini, tular sekeping gambar menunjukkan seolah-olah dia sudah bertunang di mana seorang wanita menyarung cincin ke jari manisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Zara Zya dirisik tersebar... Netizen petik nama Alha Alfa sebagai bakal suami

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah kena tipu dan alami kerugian, Zara Zya tak serik berniaga... “sampai bila nak berlakon?”

Menerusi perkongsian tersebut ramai peminat termasuk rakan artis mengucapkan tahniah

Ada juga yang membuat andaian perkongsian tersebut merupakan salah satu babak lakonannnya berjudul Segenap Takdir yang kini masih dalam proses penggambaran.

Beberapa video yang dimuat naik di media sosial turut menunjukkan Zara dan hero drama tersebut iaitu Niezam Zaidi duduk bersanding.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain