suria

[V] Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah minta cerai sebab ada orang lain, tak tergamak pukul isteri

Syamsul tenang perjelaskan segala kemelutan.

AKTOR Syamsul Yusof menegaskan dia tidak pernah memukul isteri pertama, Puteri Sarah Liyana seperti yang didakwa pelakon wanita berkenaan.

Syamsul, 39, berkata dia tidak percaya dakwaan itu keluar daripada mulut isterinya sendiri yang tergamak mengeluarkan tohmahan tersebut.

"Dia telah fitnah saya pukul, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu, tapi takkan sampai begini?

1988598

Syamsul buat kenyataan menjelaskan kebenaran.

"Dia tahu saya tak pernah walau sekali memukul dia. Kononnya mak saya selamatkan dia. Mak saya jadi hulk ketika itu ke?" katanya kepada pemberita.

Syamsul ditemui semasa sidang media tergempar yang diadakan di sebuah lokasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kata Syamsul lagi, dia sendiri mempunyai ramai saudara perempuan dan tidak mungkin melakukan perbuatan terkutuk itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Syamsul fail nusyuz, Puteri Sarah pula naik mahkamah mohon hak penjagaan anak

Malah, antara punca dia memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah pada Selasa disebabkan dakwaan pukul yang dibuat oleh aktres tersebut.

"Itu ada kaitan dengan permohonan nusyuz kelmarin. Ada ahli keluarga menelefon saya juga mengakui perkara itu tak pernah berlaku.

"Saya ada anak perempuan, ada ibu, adik perempuan dan isteri-isteri yang amat saya sayangi serta hormati. Saya tak mahu keruhkan keadaan tapi saya perlu jelaskan," ujarnya.

Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

Sementara itu, Syamsul mendedahkan dia berulang kali mencuba untuk mengajak Puteri Sarah berbincang namun isterinya menolak permintaan itu.

Jelasnya, Puteri Sarah kerap kali meminta untuk dilepaskan dengan alasan dia sudah mempunyai orang lain.

"Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu.

e0d2aa17-236b-4e8a-bdd6-9329c986c4ca

Syamsul bersama barisan peguamnya.

"Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain.

"Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam. Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri," katanya.

Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk berbaik semula.

Sarah juga mendakwa dia dipukul suaminya pada 2020.

Syamsul tetap tenang walaupun pelbagai kemelut melanda.

Dia mendedahkan perkara itu kerana Syamsul enggan melafazkan cerai terhadapnya pada sebutan pertama kes berkenaan.

Sehubungan itu, Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Langkah itu dibuat mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

553

Syamsul memfailkan permohonan nusyuz pada Selasa.

Pada petang Selasa, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Sarah bagaimanapun mempersoalkan tindakan suaminya dan berasa pelik kenapa baharu sekarang pengarah filem Munafik itu mahu memfailkan nusyuz sedangkan masalah rumah tangga mereka sudah berlaku sejak empat tahun lalu.

1956864

Syamsul bersama Puteri Sarah dan anak-anaknya.

Pada pagi Rabu, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah atau tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya.

Permohonan itu dibuat selepas Syamsul secara mengejut memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain