TIADA dalam perancangan tetapi idea muncul tiba-tiba mendorong pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada pagi Rabu bagi memfailkan permohonan hadanah atau tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya. Kata Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, permohonan itu dibuat selepas suaminya iaitu pengarah filem Syamsyul Yusof secara mengejut memfailkan permohonan nusyuz terhadap dia pada Selasa. "Sebab semalam (Syamsul fail nusyuz) pun tiba-tiba... kita semua pun main tiba-tiba," katanya. Puteri Sarah bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Sementara itu, peguam syarie mewakili Sarah iaitu Puteri Ummi Kartini Abd. Latiff berkata pihaknya memfailkan permohonan hadanah yang memperuntukkan ibu merupakan orang yang berhak untuk menjaga anak-anak. "Mengikut Seksyan 81 Akta (303)(1) tertakluk kepada Seksyen 82 memperuntukkan ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan," ujarnya. Jelas Puteri Ummi, salinan dokumen mengenai permohonan tersebut masih belum diserahkan kepada defendan iaitu Syamsul. ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh berlaku curang dengan suami orang... ibu Syamsul minta Puteri Sarah lawan, ada bukti ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang "Setakat ini, pihak kami belum menyerahkannya kerana masih menunggu peluang.. pihak kami baru memfailkan permohonan (hadanah) itu hari ini. Jika ada peguam daripada pihak defendan kita boleh serahkan pada peguam," katanya. Hadanah merupakan hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian. Pada Selasa, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Syamsul memfailkan permohonan nusyuz pada Selasa. Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah. Permohonan itu dibuat selepas Syamsul enggan menceraikan Sarah pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. Syamsul dan Puteri Sarah bersama anak mereka. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!