SUSULAN Syamsul Yusof mendakwa isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana berlaku curang dengan bekas kekasih yang juga suami orang, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail tampil menunjukkan sokongan kepada menantunya itu. Patimah meminta Puteri Sarah terus melawan bagi menegakkan kebenaran apatah lagi mereka mempunyai bukti untuk menyangkal semua dakwaan dibuat Syamsul. "Ayuh Puteri Sarah kita ada bukti. Ini semua hasutan orang ketiga. Allah bersama orang-orang yang teraniaya," katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar. Patimah meninggalkan komen itu sebagai merujuk kepada kenyataan Puteri Sarah yang memberitahu dia tidak gentar dengan tindakan Syamsul kerana yakin berada di pihak yang benar. Komen Patimah di ruangan Instagram mStar. Pada petang Selasa, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah. ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan sekadar rekaan, Puteri Sarah ingatkan Syamsul sedang disiasat, Ira sudah dipanggil Sarah bagaimanapun mempersoalkan tindakan suaminya dan berasa pelik kenapa baharu sekarang pengarah filem Munafik itu mahu memfailkan nusyuz sedangkan masalah rumah tangga mereka sudah berlarutan sejak empat tahun lalu. Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk berbaik semula. Sehubungan itu, Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka. Puteri Sarah tidak gentar kerana berada di pihak yang benar. Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!