BALU kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah mendakwa dirinya terkena perbuatan sihir sejak suaminya itu meninggal dunia. Menurut Hidayah atau Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31, perbuatan sihir itu turut terkena kepada anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4 tahun. “Saya terkena sihir sejak suami meninggal sehingga sekarang,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam minta Ali Puteh tidak lengah bayar ganti rugi, mahu teruskan hidup dengan anak ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tiada duit berniagalah” - Balu Abam bengang ada pihak cuba kacau perniagaan Hidayah berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, Hidayah memohon bantuan orang ramai agar dapat membantunya mencari pakar dalam perubatan Islam bagi merawat dia dan anaknya. “Saya minta tolong kepada sesiapa yang kenal pakar perubatan Islam, ustaz atau sesiapa yang yang ada kepandaian merawat penyakit mistik di sihir. Hidayah dakwa tanggung derita sihir sejak pemergian arwah Abam. “Tolong bantu rawat penyakit saya dan Hamzah yang terkena sihir,” jelasnya. Untuk rekod Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!