suria

Anak lelaki nak ikut Farid raya di Kedah, peguam Diana Danielle sedia bincang capai persetujuan

Diana dapat hak penjagaan anak sementara sehingga 31 Mei depan.

SEBUTAN kes hadanah atau hak penjagaan anak membabitkan pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil berjalan lancar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Menurut Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 32, tuntutan yang dibuat itu adalah untuk mendapatkan keadilan buat dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

"Semua berjalan dengan baik, saya tak nak ulas lebih lanjut, cuma doakan yang terbaik dan harap kita boleh buat kesimpulan dan penyelesaian.

"Ini bukan menang kalah, sebaliknya nak yang adil untuk anak-anak," katanya ketika ditemui media di perkarangan mahkamah.

diana 3

Farid dan Diana tenang ketika hadir di mahkamah bagi sebutan kes hadanah.

Sementara itu, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana berkata dia dan juga peguam Farid Kamil iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan berbincang untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik.

"Kedua-dua belah peguam sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan mereka berdua. Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.

"Kami ada proses sulh pada 11 April depan, tapi sebelum itu insyaAllah kami akan berbincang dan akan rekod kalau ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.

"Sekarang ini hak penjagaan interim masih di lagi di bawah Diana, dan tadi hakim sudah bagi lanjutan hak penjagaan sampai 30 Mei. Kalau ada persetujuan lebih awal, kita akan mohon kepada mahkamah supaya kita boleh rekod dan bubarkan perkahwinan dengan cepat," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil harap diberi keadilan, Diana Danielle hanya senyum ketika hadir sebutan kes hadanah

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan Diana bercanggah dengan laporan polis, Farid Kamil akan kemuka kebenaran di mahkamah

Akberdin juga berkata pihaknya kini turut berbincang tentang kemahuan anak lelaki Diana iaitu Muhammad yang ingin pulang beraya ke Kedah iaitu kampung halaman Farid.

Tambahnya, Diana diberi hak penjagaan sementara sehingga 30 Mei ini.

"Kita sedang berbincang dengan peguam di sebelah sana dan kita akan pertimbangkan semua ini. Kita akan buat persetujuan setakat mana kita boleh seperti hak lawatan dan hak bawa pergi ke Kedah, kemudiannya kita akan buat perjanjian untuk perkara tersebut," katanya.

Berkongsi mengenai keadaan Aurora, Diana berkata anak keduanya itu dalam keadaan baik dan menghormati privasi anaknya.

"Alhamdulillah, saya melindungi privasinya. Saya tak mahu cakap banyak," jelasnya.

diana 2

Diana dapat hak penjagaan sementara sehingga 31 Mei depan.

Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana Danielle.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain