PELAKON Farid Kamil yakin masih ada sinar buat dia dan isteri iaitu Diana Danielle mencari jalan pendamaian bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. Kata Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, dia tidak mengalah dan akan berusaha sehabis baik bagi menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu. Dalam sebutan kes hadanah yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Rabu, Farid turut meluahkan rasa syukur apabila dapat bertentang mata dengan Diana. Farid berusaha selamatkan rumah tangganya dengan Diana Danielle. "Saya gembira dapat juga bertemu dengan isteri saya hari ini. Apa yang boleh saya katakan hari ini, saya sedang berusaha untuk menyelamatkan keluarga saya. "Saya dalam proses memikirkan jalan terbaik untuk capai jalan pendamaian, memberi anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali dan hidup normal seperti sedia kala. "11 tahun kami sudah mengharungi pelbagai rintangan. Masih ada harapan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa. Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada FARID KAMIL PELAKON "Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada Ramadan ini, banyak kekangan apatah lagi saya sibuk dengan kerjaya sekarang," katanya. Sementara itu, peguam mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata dia mengikut permintaan anak guamnya yang mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. "Hari ini sebutan kali pertama selepas hak jagaan sementara anak. Mahkamah sudah beri tarikh iaitu 30 Mei nanti, kita akan sebutan sekali lagi kes ini. "Arahan Farid kepada saya nak untuk menyelamatkan rumah tangga dan anak-anak. Itu niat dia dari awal sampai sekarang. Selain dari itu kita tak nak ketengahkan," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil harap diberi keadilan, Diana Danielle hanya senyum ketika hadir sebutan kes hadanah ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan Diana bercanggah dengan laporan polis, Farid Kamil akan kemuka kebenaran di mahkamah Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP. Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!