suria

Farid Kamil harap diberi keadilan, Diana Danielle hanya senyum ketika hadir sebutan kes hadanah

Farid dan Diana tenang hadir di mahkamah bagi sebuta kes hadanah.

PELAKON Farid Kamil tiba di Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam, Selangor dengan harapan mendapat keadilan bagi sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Farid, 43, ditemani pengurusnya Azhari Hamid berkata dia mengharapkan sesuatu yang baik akan memihak pada dirinya.

"Saya harapkan keadilan yang dapat ditegakkan dan saya mengharapkan yang baik-baik saja. InsyaAllah," katanya ringkas.

farid 2

Farid harap ada keadilan untuk dirinya.

Sementara itu, Diana Danielle pula yang mengenakan jubah hitam ketika tiba di mahkamah hanya melemparkan senyuman kepada media.

Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana Danielle.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle atau nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas pelakon Imaginur ini membuat permohonan hadanah pada 23 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana dakwa Farid tengking, kurung anak dalam bilik... biar tidur di lantai

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan Diana bercanggah dengan laporan polis, Farid Kamil akan kemuka kebenaran di mahkamah

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Pada sebutan kes penceraian pasangan itu pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Screenshot 2023-04-05 at 9.49.48 AM

Hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada DIana.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain