SUKAR untuk menghubungi Diana Danielle dan anak-anak, pelakon Farid Kamil mendedahkan nombor telefonnya telah disekat oleh isterinya itu. Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, berkata sebutan kes di mahkamah memberikannya peluang untuk bertemu dan menatap wajah Diana. "Saya telefon Diana, saya telefon anak-anak, semuanya di-block (disekat). Panggilan telefon tidak diangkat dan mesej WhatsApp tidak berbalas. Diana didakwa sekat nombor Farid Kamil. "Masa bertemu dengannya (Diana) hanyalah ketika di mahkamah sahaja sekarang," katanya kepada mStar. Farid memberitahu mengenai perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kali pertama hadanah atau hak penjagaan anak. Berkongsi mengenai pertemuannya bersama anak sulung iaitu Muhammad, 10, pada Sabtu lalu, Farid berkata dia hanya dapat meluangkan masa selama enam jam sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil gembira dapat jumpa Diana, yakin masih ada harapan selamatkan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil harap diberi keadilan, Diana Danielle hanya senyum ketika hadir sebutan kes hadanah "Alhamdulillah, Muhammad ceria. Saya jumpa dia enam jam. Itu adalah proses apa yang ditetapkan oleh peguam sebelah sana. "Untuk perjumpaan tersebut, hanya berlangsung dari pukul 10 pagi sampai 6 petang sahaja," kongsinya. Dalam sebutan kes penceraian pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya. Farid dan Diana ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!