suria

“Mencari penyelesaian bukan bermaksud kembali bersama” - Diana Danielle minta netizen tidak salah faham kenyataannya

Diana nekad dengan keputusannya.

ENGGAN timbul salah faham, pelakon Diana Danielle tampil menjelaskan kenyataannya semasa temu bual berhubung keputusan sebutan kes hadanah yang berlangsung pada Rabu.

Menurut Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 32, kenyataan menyebut 'mencari jalan penyelesaian terbaik' itu bukanlah bermaksud dia mahu kembali kepada Farid Kamil.

"Mencari jalan penyelesaian tidak bermakna akan kembali semula.

dianaa11 - 1

Perkongsian Diana di Instastory.

"Jangan salah faham pula dengan kenyataan saya," katanya.

Diana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki nak ikut Farid raya di Kedah, peguam Diana Danielle sedia bincang capai persetujuan

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil gembira dapat jumpa Diana, yakin masih ada harapan selamatkan rumah tangga

Dalam pada itu, aktress berkenaan turut memuat naik sebuah foto di Instagram dengan meletakkan emoji lilin berserta lagu latar nyanyian Halsey berjudul Without Me.

Pelakon filem Imaginur itu juga dilihat masih menutup ruangan komen di Instagram miliknya.

Pada Rabu, Diana dan Farid hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes hadanah atau hak penjagaan anak mereka.

Menurut Diana, tuntutan itu dibuat untuk mendapatkan keadilan buat dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sebutan kes berjalan lancar kerana mendapat kerjasama baik daripada Farid dan mahkamah melanjutkan hak penjagaan sementara kepada Diana sehingga 30 Mei depan.

"Semua berjalan dengan baik, saya tak nak ulas lebih lanjut, cuma doakan yang terbaik dan harap kita boleh buat kesimpulan dan penyelesaian.

dianaa2 - 1

Diana mohon kenyataannya tidak disalah erti.

"Ini bukan menang kalah, sebaliknya nak yang adil untuk anak-anak," kata Diana.

Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain