suria

Aleeya Zailan kesal guru buli anak hiperaktif, kejar sehingga ke kereta kerana kesalahan tendang papan tanda

Aleeya berkongs video keadaan Aaron yang sedih ketika menceritakan situasi sebenar.

USAHAWAN Aleeya Zailan mendakwa anak lelakinya iaitu Aaron menjadi mangsa buli oleh bekas gurunya sendiri hanya kerana kanak-kanak berusia 10 tahun itu melakukan kesalahan kecil dengan menendang papan dalam satu kejadian sekitar Januari lalu.

Kata Aleeya, 34, dia pada awalnya menyalahkan anaknya atas perbuatan tersebut namun tindakan guru berkenaan menegur Aaron secara kasar adalah satu tindakan yang tidak dapat diterimanya.

Ini kerana kata Aleeya, guru tersebut sepatutnya memahami keadaan Aaron yang mengalami masalah Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) sejak kecil.

"Bukannya Aaron melakukan kesalahan melibatkan pelajar lain... dia cuma tendang papan tanda dan guru berkenaan memarahinya dengan teruk sehingga Aaron takut hendak ke sekolah.

aleeya 4

Aleeya bersama suami dan tiga anak mereka.

"Aaron pula ada ADHD sejak kecil, jadi apabila kena marah dengan suara tinggi, dia tidak boleh terima. Kejadian itu meninggalkan kesan kepada anak saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Aleeya turut berkongsi kejadian itu menerusi Instagram miliknya termasuk rakaman video Aaron menceritakan kejadian yang berlaku sambil menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencapaian tiada ganti tanpa kehadiran bonda tercinta, Aleeya Zailan sebak ramai ‘ibu’ doakan kejayaan

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak dapat ‘gift’ di TikTok, influencer Aleeya Zailan panjangkan sedekah pengikut kepada golongan memerlukan

Dalam pada itu, Aleeya mendakwa guru berkenaan turut mengejar anak lelakinya itu sehingga ke kereta dan memarahi Aaron dengan mata terbeliak.

Aleeya memberitahu pihak sekolah juga enggan memberi kerjasama dengan menunjukkan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan kejadian tersebut.

"Ketika kejadian saya berada di luar negara dan Along (penjaga) serta pemandu saya nampak kejadian yang berlaku malah cikgu itu juga mengejar Aaron sehingga ke kereta dan memarahinya dengan mata terbeliak.

"Pihak sekolah hanya hantar emel memaklumkan kejadian... memandangkan saya berada di luar negara, saya tak dapat hadir ke sekolah dengan kadar segera dan Aaron tidak dibenarkan hadir ke sekolah sehingga saya datang bertemu mereka.

aleeya 3

Aleeya dan suami Azri Aziz sering membuat video live memasak.

"Saya belum jumpa pihak sekolah. Saya ada minta CCTV namun tidak diberikan... jadi agak sukar nak buat laporan pada pihak kementerian sebab perlu ada bukti kukuh," ujarnya.

Enggan memperjudikan masa depan anaknya, Aleeya berkata, dia mengambil keputusan menukarkan Aaron ke sebuah sekolah baharu.

Pun begitu kata Aleeya, Aaron ada meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bertemu rakan-rakannya di sekolah lama.

"Selepas kejadian itu Aaron tidak dibenarkan ke sekolah sehingga saya berjumpa pihak mereka. Disebabkan mereka enggan beri kerjasama tunjukkan CCTV lebih baik saya tukarkan sahaja Aaron ke sekolah lain.

"Cuma dia sedih sebab tak dapat jumpa rakan-rakannya sebelum berpindah ke tempat lain," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain