suria

[V] Sejambak ros tak dilayan, Farid Kamil terus pujuk Diana... Kali ni beri tawaran lebih RM300,000 termasuk Vellfire

Farid Kamil membuat tawaran terbaharu kepada Diana.

SELEPAS cubaan memberi sejambak bunga ros kepada isterinya Diana Danielle gagal, pelakon dan pengarah Farid Kamil tampil membuat tawaran baharu, berjumlah RM319,700 dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

Farid, 42, menawarkan hadiah termasuk sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000 berserta nafkah bagi bulan Mac sehingga Jun 2023 berjumlah RM40,000.

Tidak hanya itu, Farid mahu menghadiahkan barang kemas bernilai RM10,700 berserta bayaran balik tiket mengerjakan Umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

Diana Farid Kamil

Farid belum berputus asa memujuk Diana.

"Saya Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini, ingin menawarkan kepada isteri saya Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi," katanya kepada pemberita.

Farid ditemui ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa bagi menjalani proses sulh bagi berbincang untuk mencapai kata sepakat antara kedua belah pihak.

Diana, 32, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding tersebut dan diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil gembira dapat jumpa Diana, yakin masih ada harapan selamatkan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil ada bukti bergambar wujud pihak ketiga, akan dedah di mahkamah

Farid pula diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Dalam pada itu, Farid berharap tawaran itu mampu melembutkan hati isterinya demi masa depan anak-anak mereka.

"Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami," katanya.

Farid Diana Anak-Anak

Farid dan Diana bersama dua anak mereka, Muhammad dan Aurora.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Pelakon filem Remp-It itu bagaimanapun enggan melafazkan talak terhadap Diana kerana masih menyayanginya.

Farid dan Diana disatukan sebagai suami isteri pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain