suria

Syamsul mungkir janji, enggan beri rumah untuk anak, mutaah RM500 ribu... Puteri Sarah ada bukti video tak senonoh

Puteri Sarah enggan tarik kes saman terhadap keluarga Kazar.

PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia tidak pernah berjanji untuk menarik saman terhadap keluarga madunya iaitu Ira Kazar semasa berbincang dengan suaminya, Syamsul Yusof dalam usaha mencapai kata sepakat penceraian mereka pada 9 April lalu.

Puteri Sarah, 38, sebaliknya menjelaskan dia tidak mahu Syamsul mencampuri tindakan dia memfailkan saman terhadap keluarga Ira memandangkan perkara itu di antara dirinya dan madunya itu.

Sebagai bukti, Puteri Sarah turut memuat naik perbualan WhatsApp bersama Syamsul berhubung perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Selasa.

Pelakon itu juga memaklumkan suaminya itu sudah kembali menyekat akaun WhatsApp miliknya.

Sarah dedah bersama perbualan di WhatsApp.

"La, block saya balik? Lemah. Haa ini nak bukti sangat. Saya tak pernah kata saya nak tarik balik saman dekat keluarga Kazar.

"Saya cakap kita selesaikan satu persatu, bercakap menggunakan fakta bro," katanya.

Puteri Sarah membuat pendedahan itu selepas Syamsul mendakwa isteri pertamanya itu menghantar syarat dan terma penceraian baharu pada saat akhir yang bertentangan dengan persetujuan mereka sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul sedia tarik kes Puteri Sarah dengan suami orang malangnya si isteri tukar persetujuan saat akhir

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul ubah fikiran, tak jadi lafaz cerai, Puteri Sarah kelihatan tak puas hati

Ini termasuk persetujuan Puteri Sarah menarik balik saman terhadap Ira dan isu berkaitan sejumlah wang yang sudah dipersetujui.

Disebabkan itu, Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Selasa.

Jelasnya lagi, dia bukan tidak boleh bertolak ansur berhubung perkara itu namun kecewa apabila rumah yang dijanjikan untuk anak-anak mereka ditarik balik Syamsul.

Bukan tak boleh nak bertolak ansur. Tapi janganlah dah bagi betis nak paha.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

"Bukan tak boleh nak bertolak ansur. Tapi janganlah dah bagi betis nak paha, sekian," katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza di Instastory, Puteri Sarah mendakwa gambar dan video Syamsul dan Ira sebelum bernikah di Thailand lebih dahsyat jika hendak didedahkan kepada umum.

Dakwanya lagi, isteri kedua Syamsul itu juga dikatakan telah membuat pengakuan melakukan persetubuhan di luar nikah kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi).

"Suruh tarik nusyuz? Hello bro, kalau saya fail nusyuz terhadap you tunjuk video tak senonoh you dengan Ira, gambar tak senonoh sebelum anda berdua kahwin rasanya nusyuz you lagi teruk.

Sarah anggap pemintaan nafkah dan mutaah berpatutan.

"Dengan Ira mengaku dengan Jawi persetubuhan luar nikah, siapa yang nusyuz?” soalnya.

Sementara itu, Puteri Sarah mendakwa Syamsul mampu untuk membayar nafkah berserta mutaah yang dimintanya iaitu sebanyak RM500,000.

Katanya, angka itu dianggap berbaloi untuk dibayar kepadanya memandangkan dia tidak memfailkan tuntutan harta sepencarian terhadap Syamsul.

"Siapa yang nusyuz? dan mutaah berserta nafkah tertunggak RM500,000 saya minta bayar setiap tahun RM100,000 itu awak mampu.

"Saya juga berbincang dengan ibu awak, RM500,000 mutaah dan nafkah tertunggak itu berpatutan. Harta sepencarian satu sen pun saya tidak tuntut," tegasnya.

Kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul berterusan.

Dedahnya lagi Syamsul sudah lama tidak memberinya nafkah malah nafkah anak-anak mereka juga sekadar cukup makan.

Puteri Sarah turut menegaskan dia tidak gentar untuk melawan perkara itu di mahkamah malah meminta Syamsul tidak menarik kembali nusyuz yang difailkan terhadapnya.

"Boleh sahaja jual Lamborghini yang awak banggakan itu bayar nafkah. Kereta banyak-banyak buat apa? Jual buat bayar nafkah.

"Juga, tak payah tarik nusyuz. Biar mahkamah tentukan siapa yang nusyuz. Saya suka itu,” katanya.

Pada 10 April lalu, Puteri Sarah dan Syamsul mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik dengan beberapa syarat yang dipersetujui termasuk berhubung soal nafkah anak mereka.

Sarah dan Syamsul bersama dua orang anaknya.

Aktres itu pada 16 Januari lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul namun pengarah itu enggan menceraikannya atas alasan percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.

Puteri Sarah memberi alasan sudah tiada persefahaman selain berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Sementara itu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain