suria

Syamsul sedia tarik kes Puteri Sarah dengan suami orang malangnya si isteri tukar persetujuan saat akhir

Syamsul tampil jelaskan kekeliruan kata sepakat yang tidak menjadi.

PENGARAH Syamsul Yusof menjelaskan dia tidak melafazkan talak terhadap Puteri Sarah Liyana pada pagi Selasa selepas isteri pertamanya itu menghantar syarat dan terma penceraian baharu.

Syamsul, 39, berkata, dia hanya menerima syarat baharu itu beberapa hari sebelum perbicaraan dan butirannya bertentangan dengan persetujuan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun kata Syamsul beberapa hari lalu, pihaknya menerima persetujuan berbeza daripada asal.

Syamsul tampil elak kekeliruan.

“Saya tidak mahu anda semua keliru dengan kenyataan Puteri Sarah dan menjadi fitnah tapi rasanya ia sudah jadi fitnah pun.

“Minggu lepas saya dan Puteri Sarah berjumpa untuk berbincang dan dia minta satu jumlah yang boleh saya katakan besar.

“Ramai tidak setuju tapi saya setuju dengan apa dia minta dengan harapan semuanya akan okay selain minta kes nusyuz berkaitan hubungannya dengan suami orang ditarik... saya kata saya boleh tarik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul ubah fikiran, tak jadi lafaz cerai, Puteri Sarah kelihatan tak puas hati

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah tak halang Syamsul jumpa anak-anak, minta datang rumah Yusof Haslam beraya

“Saya juga minta untuk tarik kes isteri kedua saya iaitu Ira kerana tak perlu kita panjangkan hal ini, teruskan hidup dan berlapang dada. Kami memang dah capai kata sepakat,” jelasnya.

Syamsul berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Syamsul berkata tindakan Puteri Sarah itu sudah menjadi fitnah dan akan melawan di mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian di antara mereka.

"Sekarang ini Puteri Sarah putar cerita yang menyatakan saya tukar perjanjian dan u-turn, dia yang menukar. Itu cerita sebenarnya.

Syamsul di mahkamah pada pagi Selasa.

Pada 10 April lalu, Puteri Sarah dan Syamsul mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik dengan beberapa syarat yang dipersetujui termasuk berhubung soal nafkah anak mereka.

Aktres itu pada 16 Januari lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul namun pengarah itu enggan menceraikannya atas alasan percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.

Puteri Sarah memberi alasan sudah tiada persefahaman selain berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Sementara itu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain