suria

Ibu sedia maafkan Syamsul Yusof tapi tak boleh terima perbuatan terhadap Puteri Sarah dan anak-anak

Patimah kecewa tindakan Syamsul yang melebikan keluarga Ira.

IBU kepada pengarah Syamsul Yusof sedia memaafkan anaknya itu selepas timbul pelbagai kemelut yang melanda keluarga mereka.

Datin Patimah Ismail bagaimanapun tidak boleh menerima apabila Syamsul, 39, dilihat lebih mempertahankan keluarga isteri keduanya, Ira Kazar berbanding isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dan dua anak mereka.

Malah Patimah meluahkan rasa terkilan apabila Puteri Sarah dan dua cucunya terabai disebabkan Ira.

339519384_616926079933344_8405984354834350749_n

Patimah sedia maafkan Syamsul.

"Sebagai ibu saya maafkan Syamsul tapi saya tidak boleh terima apa yang dia bua kepada Puteri Sarah dan anak-anaknya untuk keluarga perempuan yang tidak bermaruah itu," katanya.

Patimah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Selasa.

Perkongsian itu seolah-olah memberi gambaran tentang kemelut Puteri Sarah dan Syamsul yang masih belum menemui kesudahan apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu enggan menceraikan isteri pertamanya itu pada pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul mungkir janji, enggan beri rumah untuk anak, mutaah RM500 ribu... Puteri Sarah ada bukti video tak senonoh

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul sedia tarik kes Puteri Sarah dengan suami orang malangnya si isteri tukar persetujuan saat akhir

Dalam perkongsian lain, Patimah meluahkan rasa syukur dengan ujian dilalui olehnya sekeluarga.

Ini kerana kata Patimah dia percaya setiap perancangan itu telah ditetapkan oleh Allah SWT.

"Ya, Allah aku tetap bersyukur walau apa pun berlaku kerana perancangan Mu adalah yang baik buat kami walaupun perkara itu tidak baik," kongsinya.

Pada 10 April lalu, Puteri Sarah dan Syamsul mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik dengan beberapa syarat yang dipersetujui termasuk menarik semula tuntutan nusyuz terhadap aktres itu selain berhubung soal nafkah anak mereka.

WhatsApp Image 2023-01-14 at 10.56.40

Patimah setia menyokong Sarah sejak awal.

Aktres itu pada 16 Januari lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul namun pengarah itu enggan menceraikannya atas alasan percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.

Puteri Sarah memberi alasan sudah tiada persefahaman selain berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Sementara itu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain